Wednesday, December 18, 2013

| Trip Royal Belum | Monsoon Yang Rentung |

Last gua ingat 3 tahun lepas gua masuk ke Royal Belum dengan geng² Santai Anglers.. Tapi untuk kali ni gua masuk ke sini dengan geng² Worldwide Anglers pulak.. Trip yang diorganize oleh Reza PanPishing dan juga Sky..

Gua nak cerita trip ni punya perjalanan pun rasa macam malas jugak tetiba ni.. Maklumlah gambar semua kat kamera orang lain.. Nak buat karangan, mana punya zaman baca² karangan ye dak.. So overall trip ni yang boleh gua simpulkan adalah kitorang masuk terawal sedikit kerana hujan hanya menyimbah di luar Lembah Belum dan panas seperti di sahara di dalam Lembah Belum.. Tapi hasil tak semestinya teruk cuma yang gadang kitorang gagal naikkan kerana semuanya banyak main kat "highway".. Belum masa untuk mereka masuk ke suak² dan sungai².. Takpelah.. Tahun depan masih ada lagi untuk mencuba nasib..

4 bintang dari 5 gua bagi kat organizer.. Makanan tip top.. Balik cast, tros makan tanpa kerisauan.. Boatman dan suasana boathouse cukup power sehinggakan power rangers pun turut mengkaguminya.. Terima Kasih Organizer.. Ada rezeki, gua tumpang lagi.. Nga nga nga nga~


Salam Sebarau dari Royal Belum..

Sunday, November 24, 2013

| Kembali | Port Tiang Gol |

Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~ 
Fuh! Lama jugak gua tidur.. Hahaha.. Ok.. Mari pendekkan cerita setelah gua kembali ke arena memancing..

Ceritanya Ahad 24/11/2013.. Gua dengan adik En. Bagok merayau-rayau dalam kebun kelapa berdekatan.. Ntah macam mana tetiba kitorang terjumpa 1 port baru.. Kitorang turun.. Semak dia boleh tahan.. Bekas tempat ini dirogol juga ketara dengan kehadiran plastik roti dan plastik katak.. Ahhhhh.. Lupakan semua tu.. Biar gambar sahaja berbicara..


Kalau korang tengok kat tengah paya tu ada 2 batang tiang.. Otometik kitorang terus bagi nama Port Tiang Gol.. Ahhaaa! Air tak berapa cun sebab malam sebelum tu hujan.. Merah air.. Kitorang buat calculation yang peratus untuk kumpau hampir mencecah 68%..

Hasil pertama.. Mamat ni memang pengamal katak ori.. Kebetulan ada 1 group anak.. Gua kacau tak kena.. Dia kacau 2-3 kali tros ngap.. Setel..

Bila katak dah habis, baru dia keluarkan katak getah.. Pun situasi sama.. Gua jenuh kacau 1 lagi group anak haruan.. Haram tak disambut.. 2-3 kali mamat ni baling terus disambarnya.. Ok.. Petanda gua hampir kumpau hari tu..

Sikit punya rakus dia telan..

Tak lama lepas tu dia lagi yang dapat.. Gua syak budak ni ada bela saka haruan.. Peratusan gua kumpau sudah mencecah 84.6%..

1 lagi petanda² kumpau.. Apa sudah happen ini? 

Langit tak selalunya biru.. Macam biasa hero mesti last minit.. Masa kecederaan time baru nak balik.. Kitorang singgah port memula tadi.. Regu gua jumpa 1 lagi group anak haruan.. Dia kata dia kacau takde respon.. Gua sisipkan katak getah Starlit dalam jighead Cultiva.. Gua lalukan 4-5 kali kat group anak tu.. Secara tetiba.. Ahhaaaaaa!! Peratus kumpau terus menjadi 0.02%..

Rod : Daiwa Crossbeat 8-16
Reel : Abu Garcia Elite IB CB GP
Line : Ofmer Majr Braid 15lb
Lure : Starlit Soft Plastic + Cultiva jighead

Pun rakus boleh tahan.. 

Begitulah rentetan pagi ahad tu yang penuh warna warni sinetron.. Kesemua berjaya diCNRkan.. Port ini akan diperam untuk beberapa ketika dah kitorang akan kembali bila musim hujan reda untuk bereksperimen ketika airnya hitam kembali.. Yoshhhhh!



Monday, July 22, 2013

Detik demi detik

Fuhhhhhhhhhh! Nampaknya lagi 2 bulan untuk gua apply kembali lesen memancing gua..

Tu je yang nak gua bagi tahu..

Monday, March 18, 2013

| PB Sungai Petani |


Kebetulan orang rumah gua mempunyai seorang rakan kaki caster dari Sungai Petani.. Gu pun apa lagi, bodek² la orang rumah gua suruh kenalkan gua pada dia.. Ternyata strategi gua berhasil.. Maka minggu lepas gua balik hantar mertua gua ke Sungai Petani.. Kesempatan di ambil dan 1 komplot bersama caster sana cuba menguji padang sasar..

Gua malas cerita pepanjang dan hasilnya cuma..





Hanya sekelumit PB sebesar 2½ jari yang sudi ligan gua punya lure.. Itu pun pakai mikro jig.. 2 lagi lucut.. Semua lure gua tabur dari atas sampai menyelam, mikro jig jugak dia minat.. Adicit!!
Ok.. Selalu orang layan PB pagi tapi geng² sini depa baru 1st time layan PB kat sini pagi² sempena aku datang katanya.. Rupanya sini punya style banyak hit 40cm++ time waktu senja.. Patutlah pagi tu tak frenzy lansung..
Takpe.. bulan 5 gua cuba repeat balik.. Geng² Caster SP, korang memang terbaik.. Bulan 5 kita jumpa lagi.. Ahaaa!

Wednesday, March 6, 2013

| Belia Benci Spiderwire Stealth Code Red!! |


Jika orang bertanyakan tali braid apa paling dibenci, tanpa ragu² gua katakan tali ini memang keji..
Yang terpaling kejinya EverGreen Combat Popper gua berjaya menipu seekor ikan dan kemudian ikan tu cuba membenam ke arah teratai.. Dalam masa ikan tu dengan chill berjaya membenam ke arah teratai, gua tarik² la sikit².. Boleh pulak kedengan bunyi 'tusss'.. Halus je bunyinya..
Hek eleh.. putus bodoh je..
Pastu gua tak syak yang tali ni problem.. Dengan rajinya gua ikat balik FG Knot..
Setel.. 2 lagi lure gua terbang..
Baru 2 bulan pakai dah rosak abis tali ni? Stren gua pakai setahun baru hancur kot..
Sumpah! Gua benci semua keturunan dia lepas ni..
Dah la lesen memancing gua sekarang tengah limited edition sekarang ni..
Phuiiiiii untuk Spiderwire!!!!

Thursday, February 14, 2013

| Perlahan |


Alhamdulillah.. Tetapi masih awal kerana mengikut perkiraan baru dalam sebulan ½..
Nampaknya gua kena berpantang untuk beberapa bulan.. Maaf dipinta jika blog gua agak slow untuk beberapa bulan daripada cerita memancing dan memburu..
Kepada Aril, semoga dapat menaikkan toman di Port Darah..
Selamat maju jaya diucapkan..

Wednesday, February 6, 2013

| Satu Persoalan |

Tahukah anda..

Yang Si Hijau berkata kepada Si Merah BODOH, BEBAL, BANGANG, BABI..

Yang Si Merah pula berkata kepada Si Hijau BEBAL, BODOH, BABI, BANGANG..

Tetapi persamaan antara mereka adalah memasing sujud ke arah satu kiblat dan hanya menyembah pada Yang Satu..

Persoalannya, apa yang best sangat mencarut sesama spesis? Hairan~


"Gua pun tak faham" -Chukky (Beruang Zoo of  New York)

Monday, February 4, 2013

| Fast & Furious 6 | Trailer |

Ok.. Trailer dah keluar.. Gua teransang sekarang.. Deng!!!

Sunday, February 3, 2013

| Epilog 2 Hari |

Sabtu

Hari untuk senaman ringan.. Gua text Aril berkomplot di pagi morning yang indah sambil membonceng basikal.. Dia kata 'ON'.. Maka..

Caster On-Tell..


Senaman ringan.. Main parit dah la katanya.. Port Batu 8 dipilih.. Port paling teruk gua kumpau.. Ini fakta sohih..


Tetapi tidak pada Aril.. Tak sia² dia bertapa kat port ni selalu.. Gua isytihar kumpau untuk kali yang tak terkira di port ni.. Keji!!


Ahad

Untuk hari Ahad, kitorang gerak ke port Apek.. Hairan dan janggal.. Ikan kat port ni macam tak ambik port dengan gewang kitorang.. Dah balik baru wife gua cakap malam minggu tu hujan.. Patut la.. gua tidur awal.. Tidur mati pulak.. Tak sedar lansung apa yang berlaku.. Kalau la gua tahu malam tu hujan, sah gua tukar gi port lain.. Ada baik pekena PB comel kat Prima.. Tapi seb baik hari tu gua terjumpa port baru.. Port Merah.. Air merah macam teh ais.. Tinggal beli ais je pstu hirup, pasti lega..

Port baru jumpa, tapi sebenarnya dah lama jadi paya ni.. 2 ekor pendekar topi jerami sedang sibuk nak membolot haruan berbekalkan katak seplastik di sisi pinggangnya.. Celaka!


Mujurlah katak Magnum juga berada di sisi pinggang gua.. Dapat gua cungkil sekor.. Pastu gua bungkus duduk bawah pokok.. Gila panas.. 


Tidak lupa pandangan pelan di sisi pinggang set gua..


Aril yang mula menampakkan wajah kumpau berbuih masih lagi tekun.. Bajet kebal panas dia ni.. Lantak dia.. Janji gua tidak mengalami hidrasi kritikal.. Total masa melayan port ni hanyalah lebih kurang 20 minit.. Gua tarbiyah Aril supaya berambus sebelum ada orang pengsan berbuih sebab hidrasi kritis.. Aril akur..


Tengah hari tu aril ajak gua pergi kedai pancing.. Gua sarankan Digital Akuarium kat Puchong.. Ah bencana! Sampai je kedai tu, kejadian berbuih kembali menyerang Aril.. Gua nak telefon ambulans, kredit tinggal RM0.19.. Terpaksa gua bacakan ayat² tertentu untuk menenangkan dia.. Alhamdulillah, dia tenang dan mendapat 1 hadiah..




Inilah hadiahnya.. Rabak poket tapi hati puas katanya.. Kah kah kah.. Semoga berjaya diucapkan untuk melesenkan MGX dia.. Berapa lama la agaknya nak dapat lesen ntuk reel ni agaknya.. Tunggu je la..

Thursday, January 31, 2013

| Welcome To Arsenal | Nacho Monreal |


Walaupun Arsenal tengah mengalami satu musim di mana memasing bangang lebih² di bahagian defensive, kebodohan Pak Cik Wanger menyusun pemain, dan lain² mushibat yang melanda, gua tetap nak ucapkan kepada Monreal WELCOME TO ARSENAL.. Tapi tahun ni takde trofi nak dikejar.. UCL tu gua tengok macam takde harapan je.. Takpe, tahun depan je la ngko main sesungguh ye.. Hahahaha..

Tuesday, January 22, 2013

| Best Lure | Top Water |

Kalau orang bertanya gua apa hard lure versi topwater yang harganya berskala mampu senyum dan terbaik untuk menggoda dan menaikkan ransangan syahwat haruan, dengan tanpa ragu² gua akan mengemukakan cadangan² berikut..




Yo-Zuri 3D Popper
Ni gewang terbaik pernah gua pakai..Tak padan kecik, bunyinya tanpa was² dapat mengeluarkan air mata kegembiraan daripada seorang caster itu.. Sumpa gua tak tipu.. Tapi apsal tetiba diorang jadikan 3DS pulak.. Warna tak lawa lansung..


 Cultiva Zip Ziggy
Yang ini hanya En Bagok dan En Linsang Muda tahu betapa mujarabnya lure ni di saat diri hampir² kumpau berdarah.. Walaupun punggungnya itu tidaklah menggoda seperti punggung Beyonce, tarian godaannya itu tidak dapat disangkal hebatnya oleh Persatuan haruan Sa-Malaya.. 


 Surecatch Tommy
Ini lure paling ekonomi dan antara wajib beli kalau ternampak.. Antara kehebatan lure ni adalah kalau gua pakai mesti putus sangkut reba.. Gua pun tak tahu la kenapa lure ni memang suka gi kat reba.. Sebab tu gua katakan tadi asal ternampak je pasti gua beli buat spare.. Yang ini cukup digemari oleh adik² curut kita.. Tepukan gemuruh untuk adinda Tommy.. 


Storm Chug Bug
Satu ketika dulu lure ni feveret gua.. Harga murah, letup² di atas air dengan penuh girang dan bersemangat.. Cik adik haruan pasti tertawan.. Tapi sekarang gua dah jarang guna lure ni.. Sebab gua rasa Yo-Zuri lebih seksi dari dia barangkali.. Papehalpun, Encik Bagok masih lagi sehingga sekarang menjadikan lure ini sebagai feveret lure dia..

Thursday, January 17, 2013

| Dan Akhirnya... | 1.15kg Snakehead @ Haruan |

Maka pagi tadi.. Cast sorang².. Di port baru.. Area² Setia Alam.. Korang boleh gelarkan gua Forever Alone.. Akhirnya.. Yang dicari² akhirnya tercapai.. Tercapai dek akal.. Juga tercapai dek fikiran.. Alhamdulillah.. Bermula 9 pagi, segala lure dalam lure box gua campak.. Sepertinya ikan tidak teransang dengan gerakan penyudah yang dihasilkan.. Maka gua pun lemparkan Tommy.. Amboih.. Asyik miss call saja tak nak melekat.. Sabar itu separuh dari iman.. Akhirnya dia muncul.. Serba sedikit sorotan di tempat kejadian..

 
Seksa jugak nak ambik gambar kalau cast sorang²..

 Surecatch Tommy 80 tertancap dengap penuh rapinya..
Pandangan Pelan
Reel : Abu Garcia Elite IB
Rod : Daiwa Crossbeat 6", 8-16lb
Line : Spiderwire 15lb
Lure : Surecatch Tommy 80

 Pandangan senget & mereng
 

Barulah segak kalau ada orang snapkan gambar.. Amboih ececececeh~

 Ini misteri.. Strike kat hook belakang, tapi hook depan yang kangkang.. Perlu ke gua report kat Majidol Sidek?

Mujurlah rumah mak gua ada penimbang..

Haruan tu gua tak release.. Grandfather gua ada kat umah parent gua sebab ada check up kat Hospital Selayang.. Sebagai cucu yang baik dan taat, gua berjaya menghadiahkan haruan ini untuk dia.. Feveret dia.. Cucu Gemilang, Keluarga Terbilang.. Sekian

Sunday, January 13, 2013

| Mancarut Si Curut |



Asalnya bajet gua nak update tentang vacation gua kat Sabah minggu lepas.. Tapi macam takde mood pulak.. Jadi gua pun dengan hati yang menawan, gua update la tentang komplot gua dengan Aril si Memerang Muda..

Lokasi komplot yang dijanjikan adalah port meeting.. Ya!! Port Meeting.. Yang satu ketika dulu banyak gua strike dari cucu haruan hingga ke atok haruan.. Tapi kini.. Gua dah lebelkan port ini sebagai port MUSHIBAT.. Musnah dek kerakusan manusia.. Lupakan.. Kita teruskan dengan cerita semalam..

Dari depan sampai belakang.. Dari utara sampai ke seletan.. Segenap ceruk port meeting kitorang redah tapi takde sekor pun yang berani makan lure kitorang.. Gua syak semua haruan letih kot sebab join Mohd Sabu berhimpun kat Stadium Merdeka sempena ntahapabendantah perhimpunan kat situ.. Gua dengan aril mula memancarkan cahaya kumpau berdarah di wajah memasing..

Hujan tidak semestinya lebat.. Itulah pepatah merepek yang pernah gua ikuti suatu ketika dahulu.. Macam biasa.. Cultiva Zip Ziggy gua tak pernah menghampakan..





Haaaaaaa!! Nampak tak besar dia cemmaner.. Gua pun rasa diri gua macam useless.. Ni baby bukan curut.. Jangan risau.. Gua dah release..

Tak lama Aril pulak yang strike.. Dia punya fight bagai nak rak.. Sekali..



Jangan nak senyum sangat la kalau curut!! Gua nak letak gambar ni pun dah sampai 15 keping tisu gua habiskan kerana terlalu menyayat hati dengan saiz haruan tu..

5 minit sebelum azan maghrib berkumandang.. Gua dan memerang muda tadi membawa diri dengan hati yang sebak.. Syukurlah curut sudi menyambar.. Gua terima hakikat yang gua hanya layak menjadi seorang pemancing di 'peceran'..




Sunday, January 6, 2013

| Permulaan Lesen |

2012 adalah tahun bersejarah kerana tahun kumpau gua.. Yaa!! Kumpau dan terus kumpau.. Padan muka diucapkan pada gua sendiri..

Lupakan 2012.. 2013 gua dah train seorang lagi untuk menjadi memerang.. Kebetulan gua terdengar cerita Port Apek kembali mengganas setelah lama diperam.. Gua ajak memerang muda tadi ikut gua cast kat Port Apek..



Sampai je port tu tak buang masa gua campak killer lure haruan, Owner Zip Ziggy.. Bertalu-talu miss call gua terima tapi tak lekat.. Gua syak mungkinkah ada aktiviti makhluk asing di sini.. Sangkaan gua benar.. Pikok Bes saiz 2 jari je yang poyo² nak hentam lure gua.. Dengan nada panas hati gua campak rokok ke mulut gua dah dihidupkan api.. Cilakak!! Gua tak bawak micro lure..

Ok, ambil air keruh, buang yang jernih.. Pepatah lama ada mengatakan begitu.. Gua pakai pulak Ecogear minnow dan tak sampai 3 cast naiklah seekor..



Eh!! Ada rupanya.. Dan cerita seterusnya malas gua nak cerita.. Kalau dah tengah hari mana ada haruan nak makan lagi.. Gua pun pulang dengan 1 perasaan dendam dan pasti akan gua bomb tempat tu kembali..

Memerang muda? Malas la gua nak cerita pasal dia.. Dah hit ikan besar boleh pulak menjerit² macam orang kehilangan teruna.. Padan muka lucut.. Tahniah diucapkan padanya..

Wednesday, January 2, 2013

| Permulaan |

2012 dah pun berlalu dan angka 2 digantikan dengan sengajanya dengan angka 3.. Gua pasti setiap orang memikirkan azam tahun baru.. Tak lupa juga lesen tangkapan hasil ikan dari penipuan dengan menggunakan plastik.. Gua? Macam biasa serta tipikal.. Azam baru mesti kena ada.. Gua berazam pada tahun 2013 ini gua nak apa pun tak tahu.. Begitulah penamatnya azam seorang pemuda tulang belakang negara katanya..