Sunday, January 6, 2013

| Permulaan Lesen |

2012 adalah tahun bersejarah kerana tahun kumpau gua.. Yaa!! Kumpau dan terus kumpau.. Padan muka diucapkan pada gua sendiri..

Lupakan 2012.. 2013 gua dah train seorang lagi untuk menjadi memerang.. Kebetulan gua terdengar cerita Port Apek kembali mengganas setelah lama diperam.. Gua ajak memerang muda tadi ikut gua cast kat Port Apek..



Sampai je port tu tak buang masa gua campak killer lure haruan, Owner Zip Ziggy.. Bertalu-talu miss call gua terima tapi tak lekat.. Gua syak mungkinkah ada aktiviti makhluk asing di sini.. Sangkaan gua benar.. Pikok Bes saiz 2 jari je yang poyo² nak hentam lure gua.. Dengan nada panas hati gua campak rokok ke mulut gua dah dihidupkan api.. Cilakak!! Gua tak bawak micro lure..

Ok, ambil air keruh, buang yang jernih.. Pepatah lama ada mengatakan begitu.. Gua pakai pulak Ecogear minnow dan tak sampai 3 cast naiklah seekor..



Eh!! Ada rupanya.. Dan cerita seterusnya malas gua nak cerita.. Kalau dah tengah hari mana ada haruan nak makan lagi.. Gua pun pulang dengan 1 perasaan dendam dan pasti akan gua bomb tempat tu kembali..

Memerang muda? Malas la gua nak cerita pasal dia.. Dah hit ikan besar boleh pulak menjerit² macam orang kehilangan teruna.. Padan muka lucut.. Tahniah diucapkan padanya..

No comments: