Wednesday, November 21, 2012

| Laman Berita Baik Dan Buruk |


Hari Today, 21/11/2012.. Maka lagi 9 hari lagi untuk gua ke Kenyir sempena monsoon pada 1 hingga 4/12/2012

Berita Baik..



Segala set² gua kali ni lebih mantap dan jitu..


Dan berita buruknya..



Kenyir surut kaw².. Hujan tak turun lagi..

Adakah ini kerana rentetan sejaran pemecatan Roberto Di Mateo dari jawatan pengurus Chelsea sebentar tadi.. Ohhhhhhhhhhhh!!!!!

Friday, October 19, 2012

| Port Half Cut Masih Bernyawa!! |

Kalau siapa yang pernah dulu² follow blog gua pasti tahu port haruan Half Cut ni.. Yang sebenarnya gua dah putus harapan dengan post ni sejak kena kambus.. Tapi ntah cemmaner plak si Reza boleh ajak gua pekena kat port ni.. Gua turutkan tetamu dari jauh.. Tetamu membawa rezeki.. Musuh jangan dicari

Sampai² port ni gua agak terkejut gak rupanya diorang timbus separuh je.. Gua hirup udara segar di situ.. Fuhhh!! Masih ada bau haruan.. Pekena Pall Mall sebatang, gua dan Reza mula menjelajah port tu walaupun dah rabak separuh.. Berselipar jepun dan berseluar Yankee, gua terjah dengan semangat pertiwi..

Tak sampai 10 minit gua dan Reza cast.. Amboi.. Katak Magnum (lure rambutan keramat ni.. mohon percaya) zasssssssss dirembat.. Amboi.. Sukacita gua senyum sampai ke tengkuk..

Ibu muda yang peramah

Dia nak posing ngan set casting gua.. Gua layankan je..

Ibu muda ini dilepaskan kepada keluarga tercintanya..

Pastu sergahan demi sergahan berjaya dilakukan Cik Har terhadap lure kitorang tapi acah² sergah je.. Pukul 10.07a.m.. Matahari dah tegak.. Perut dah lapar.. Kitorang decide gi makan lontong.. Amalan terpuji lagi bertanggungjawab itu kitorang lakukan tepat pada jam 10.08a.m.. Tamatlah kisah keji ini.. Harap En Bagok terbakar dengan report keji ini.. Sekian..

Monday, October 15, 2012

| Luis Suarez | You Never DIVE Alone |

"He is hard to take. He cheats, pulls your shirt and gives you little kicks. You always want to give him a kick but you have to be careful not to be red carded." - Adik Koscielny

Yess!! Minggu ni ada BPL!! Jaga² adik Pandalela.. Anda ada pencabar baru sekarang.. Kah kah kah~

Wednesday, October 10, 2012

| Tiada Sakit, Tiada Gain |


3 hari beturut.. Fasa demi fasa.. Peningkatan demi peningkatan..
Akhirnya semua muscle gua sakit²..
So hari ni gua berehat-rehat saja sambil pekena video² merapu di Youtube..
Hello Youtube~

Tuesday, October 2, 2012

| Tertanya | Selangor FC Power!! |

2 Oktober 2012. Jam 10.00 malam.

Apsal semua media tak tayang Selangor vs Johor punya game? Pulak tu Admin SelangorFC (Facebook) pun senyap je tak nak update.. Gua syak mungkin mereka sedang gelabah sebab Selangor memang power.. Jaga².. korang semua dah boleh belajar macam mana nak menyuruk bawah meja makan.. Mohon korang buatlah latihan pra menyuruk awal² sebelum terlambat..

Sekian coretan diari dari gua..

Wednesday, September 26, 2012

| Carling Cup | Arsenal FC vs Coventry |

Tahukah anda? Arsenal memang terbukti power! Punyalah power sampai bertahun tak pernah menang piala walaupun sehelai.. Tapi rival² Arsenal still lagi labelkan Arsenal power! 

 Adik Walcott sumbat 2 gol.. Power!

Amboi~ 

Jaga² Chelsea.. Ingat korang je boleh buat 6?


Tuesday, August 7, 2012

| Kadang-kadang |

Semenjak sebulan dua ni gua mengalami kecelaruan identiti.. Kecelaruan yang berlaku dalam bidang penulisan blog.. Kadang² gua terpikir nak buat blog gua macam kawan gua.. Penuh informasi walaupun gua tengok info dia dah basi ibarat roti gardenia yang dah ekspiyerd.. Tapi 24/7 laman sosial sentiasa penuh dengan info terkini.. Gua batalkan untuk menjadi seperti dia.. Kadang² gua terpikir nak buat blog makanan.. Yes!! Gua pemburu makanan.. Tapi berat gua dah 80kg.. Mengikut BMI anatarabangsa yang dicipta, gua dah terlebih paras macho yang ditetapkan.. Sekali lagi gua batalkan niat gua tu dengan hanya kentut di dalam air sahaja.. Kadang² gua terfikir nak sambung balik penulisan² dari hobi gua macam memancing ke basikal ke tak pun mandi parit.. Tapi gu rasa macam tak feel la sebab gua bukan ada 1 hobi je.. Dan tak pernah dibuat orang pun aktiviti mengumpul hobi.. Gua je yang suka buat sampai sepulohsen pun gua tak simpan dalam ASB.. Tua nanti tau la akibatnya.. Kadang² gua nak buat blog gua ni macam blog² orang famaous.. Tapi bila gua pikir, hipster plak pulak.. Hipster ibarat memakai tudung berbelit² kesana sini padahal pakai tudung tu mudah je.. Kesimpulannya, baik gua buat tak paham je pasal blog ni.. Agak² nak karang, gua karang dengan bahasa yang indah.. Begitulah.. Kadang²..

Wednesday, June 27, 2012

| Mull; Debauch To Kuala Lumpor (Component 2) | ± Seminggu |

Damn Dirty Apes kembali!! Disertakan juga dengan This Is Atlantis dan Muck!! Apa kejadahnya ini??
Tiket nampaknya sudah juga bersedia.. Lambatnya nak 7/7!!! Woi!!!


Thursday, June 21, 2012

| Rokok Dirokok |

Ianya satu hari yang indah disulami bunyi kupu² berkicauan.. Memang indah hari itu kalau digabungkan dengan asap rokok yang membakar esofagus di dalam badan..Tawil seorang perokok tegar lagi jitu.. Memang tiba waktunya untuk dia menghisap rokok.. Diambilnya sebatang rokok dari kotak merah berseri.. Dibakarnya rokok itu, menyedut dan berkepul² asap keluar dari corong mulutnya.. Memang nikmat katanya.. Sedang Tawil khusyuk menghisap rokok di tangga kecemasan, tiba² bosnya ternampak Tawil sedang menghisap rokok..

"Awak tahu tak kawasan ni dilarang merokok?" tempik bos Tawil..

Tawil memandang muka bosnya dengan sekuntum senyuman manis..

"Kenapa? Awak fikir benda ni lucu?" tanya bosnya lagi..

"Tenang saja bos.. Mari kita fikirkan.. Kalau la bos eksiden, perokok² ni jugaklah yang akan tolong bos.. Bos jangan nak menghina kami plak.. Sedar diri sikit bos.. Jangan nak racist sangat!" balas Tawil sambil disulami ketawa mengilai bak langsuir

Psttttttttt~ Kedengaran bunyi bara seperti dipadamkan menggunakan air.. Rupa²nya bos Tawil berjaya merampas rokok dari tangan Tawil dan kemudian dicucuhnya ke lidah Tawil tanpa perasaan prejudis.. Tawil masih lagi ketawa tetapi kali ini nadanya sedikit berlainan dengan nada langsuir tadi.. Begitulah penyudahan yang tragis lagi pilu pada hari yang indah itu..

Saturday, June 16, 2012

| Review | Jiwa Taiko | Puihhh Taiko! |



Gua ternampak trailer cerita ni time gua layan filem chow kit tempoh hari.. Apa yang boleh gua katakan, ni filem ke cerekarama TV3?? Kerana apa?
  1. Jiwa jiwang.. Gua tahu sedangkan Che guavera pon jiwang gak.. Tapi kenapa perlu dinamakan Jiwa Taiko?
  2. Takde lain ke selain nak buat seks? Bangga ke berani buat filem kalau lepas adegan berahi?
  3. Plot haram jadah gua tak paham..
  4. 1st time gua keluar awal sebelum cerita habis.. Sejam gua tunggu, dia punya aksi selain daripada cium kaki nak buat seks..
 Darling, nanti I cium kaki U lagi okay?
Gua rasa taip panjang² pun tak guna sebab gua nak save tenaga ntuk malam ni punya tournament boling.. Kepada En. Pengarah, komon, try harder.. Gua takde bintang nak petik nak bagi untuk ini filem.. Kah kah kah~

Friday, April 13, 2012

| Terpana | Major Craft Corkish |



Fuhhhhhh!!
Yang sebenarnya gua tak terpana pon dengan performance Corkish tu..
Gua terpana dengan videoman dia..
Musti dia banyak makan kismis kan sampai boleh hebat buat video camni..
Power²~
Hahahaha~

Tuesday, April 10, 2012

| Gunners To Malaysia 2012 | COYG!! |



Satu tindakan bijak daripada mereka kerana datang ke sini sekali lagi..
Gua nak dengar ada suara² sumbang mengatakan :-
"Sokong kelab luar tak sokong Malaysia.. Tak patriotik!"
"Takde jiwa sayangkan negara sebab sokong Arsenal"
"Ngko tak patriotik!!"

Gua tanya balik senang je..
"Dah bayar cukai?"

Terimalah sepucuk syair dari gua..

Tuesday, March 13, 2012

| Heaven In Her Arms live in Kuala Lumpur 2012 |



Band Screamo dari Tokyo, Japan akan bertandang Sabtu ni di KL.. Gua sebenarnya frust tak dapat gi TOE punya live jadi gua jadikan gig HIHA ni sebagai paracetamol gua sebab tak dapat mentontonkan TOE.. Kenapa korang datang time gua kerja shift petang hah?

Informasi selebinya korang boleh bertandang kat FB Heaven In Her Arms

Monday, March 12, 2012

| Bunohan | Review |



Gua baru berkesempatan nak buat review.. layak ke gua? Lantak la apa orang nak kata sebab ni pandangan gua.. Ahad lepas bajet nak buat review tapi lepas je gua layan ride kat Bukit Kiara, lansung prestasi badan gua terus merundum.. Gua telan CNI Tongkat Ali, tapi lansung terus tidur awal.. Walhal?

Ok gua teruskan reveiw pasal filem ni.. Nampaknya segelintir pengarah filem Malaysia sudah mula membuka mata untuk membuat filem yang berkualiti dan berseni.. Mohideen ngan Ahmad Idham tak terlibat dalam ni.. Dain Said berjaya menarik perhatian gua untuk menonton filem ni.. Tapi, kalau ada kebaikan mesti ada kelemahan di situ..

Kita mula dengan yang baik dulu..
  • Filem berat yang penuh mesej dan metafora..
  • Plot dia memerlukan pemikiran dah kefahaman.. Ini bukan filem Adnan Sempit yang tonton sambil santai.. Gua suka menonton sambil berfikir..
  • Watak masing² memang menjadi lagi² si Bakar (Pekin) yang berjaya membakar jiwa..
  • Time dua saka bercakap time last² cerita tu, gua suka ayat² yang dilemparkan.. Tinggi bahasanya..
  • Filem Malaysia terbaik selepas Songlap..


Tapi apa kelemahan yang gua nampak..
  • Cam biasa, gua rasa janggal dengan slang Kelantan yang dipertonjolkan oleh pelakon bukan orang Kelantan macam Faizal Hussain, Sofi Jikan dll.. Mungkin sebab gua pernah belajar kat sana 2½ tahun kot jadi gua boleh tahu cemmaner slang orang sana bercakap.. Memang lari sikit slangnya.. Tapi kalau orang yang tak paham bahasa Kelantan, benda ni takde masalah..
  • Mek Yah berjalan catwalk lepas keluar dari sungai.. Hahahaha..
  • GSC One Utama aircond dia sejuk gila macam chiller (ada kena mengena ke?)


Papehal pon gua bagi 4.5/5.. pemilihan pelakon yang baik berjaya membawa gua pergi ke negeri pantai timur..
Bagi gua berbaloi.. Sapa yang minat filem santai, gua rasa adalah baik sediakan mental yang sukses untuk mengalami 1 pengalaman di mana tengok movie sambil berfikir..

Ok la.. Perot gua dah lapar.. Gua nak gi cari makan kejap..

Sunday, March 11, 2012

| Bangang Abadi | Fa Cup : Johor FC vs Selangor |



Gua cuma nak cakap yang Norazlan Razali adalah keeper Selagor yang paling Bangang dan Bodoh..
Dia punca kekalahan bukannya sepakan penalti Amirul Hadi yang punca kekalahan..
Sampah teragung!!
Johor FC main 10 orang dari minit 17 pon boleh memang.. Pejadah!! Sah Si Azlan patut dikecam hebat atas tindakan bahalolnya..
Terima Kasih..

Tuesday, March 6, 2012

| Meriam Hebat |



3 - 0
Eh!! Robinhorlickmyass dengan Ibrahimoshit tak main ke malam tadi??
Ari tu sikit punya 'A' cerita dalam pinggang akhbar..
Tapi gua pelik.. Game ni macam Arsenal menang tapi dalam masa yang sama Arsenal kalah pulak..
Sah ini adalah salah satu konspirasi Illuminati!!
Belia Benci Dadah!!

Sunday, February 19, 2012

| Up-To-Date |

Gua seorang blogger pemalas. Punyalah malas sampai pencipta blogger pon gua tak kenal.. Ditambah plak dengan kekalahan pasukar Arsenal gua yang bertubi² rasa seperti nak menghentak sekelian makhluk di Emirates Stadium tu dengan ubi kayu di muka memasing.. Dan lebih teruk lagi mendapat pensyarah yang bajet dia macam ahli politik kerana dengan hanya nama je sama.. Dan sangat dahsyat gua rasa gua nak demam.. Dengan perasaan bercampur baur serta warna warni ini, gua rasa tetiba nak update blog gua ni..
Gua mulakan dengan cerita gua semalam..
-
-
-
-
Sekian lah kerana korang membuang masa membaca karangan sampah aku ni.. Tetiba je mood gua kembali pada mood lama.. Haih~

Wednesday, January 18, 2012

| Sg Selangor Phase 2 Endurance Ride | Musibat Punya Bukit |


Gua nampak poster ni kat laman sesawang popular..


Lantas tanpa melempar masa gua pon register.. 1085 orang semuanya..


Hari perlumbaan cuaca mendung.. Tangan digenggam dan menumbuk ke udara tanda gembira..


Bila sampai kat tengah² trail gua nampak bukit musibat..


Gua memoral downkan diri sendiri secara sukacita..
Tapi perkayuhan masih diteruskan demi menjaga nama baik ibu pertiwi..


Akhirnya, gua sampai gak finishing dengan ranking sebegini..

CEH!! TAK POWER LANSUNG!! (bertempik di dalam hati)

-
-
-
Sekian karangan gua.. [ -_- ]