Sampai di port yang besarnya separuh padang futsal, gua mentafsir dari permukaannya.. Tenang.. Tiada aktiviti.. Abaikan.. Capai flutter stick 7cm kemudian campak sana sini..
Agak aneh.. Tiada respon.. Slow jerking berirama tiada sambutan.. Tukar strategi.. Cast, rendam sampai dasar kemudian kayuh selaju mungkin dengan sulaman stop 1 saat.. Akhirnya berjaya memujuk bukan seekor, tetapi dua ekor PB..
Lama jugak tak pekena tarikan PB ni.. Meresap jugak la.. Cukulah untuk hari itu lesen 2 ekor PB.. Sepupu ipar gua boleh sekor dan kawannya boleh seekor..
Esoknya sepupu ipar gua ajak repeat lagi.. Maklumlah bila dah kena karen dia, ketagihan menjelma kan.. Hahahaha.. Tapi untuk petang hari ke dua tu ikan tak nak makan dengan teknik semalam.. Gua saspek sebab semalam sepupu gua dengan kawannya banyak kali lucut.. Ikan mungkin boleh membaca tektikal yang telah digunakan... Mujur gua bukan Arsene Wanger yang selalu menggunakan tektikal sama.. Kali ni dengan menggunakan micro jig 7gram, gua cast.. Rendam kemudia jerk dalam kala sederhana dengan formation 2-3-2-3.. Hasilnya..
Begitulah coretan gua tentang PB Sg Petani.. Saiz rempit tapi tentangan yang diberikan padu belasah.. Lagi padu kalau guna rod 6-12 atau 4-10.. Hahahaha..
Sekian untuk posting ini.. ๐๐
4 comments:
Assalamualaikum boss... Boleh share location..?? Pm sy 0134546488๐๐
0134546388
0134546388
Assalamualaikum boss... Boleh share location..?? Pm sy 0134546488๐๐
Post a Comment