Ok.. Sebenarnya dah lama dah gua memancing kat perairan utara ni.. Maklumlah orang rumah orang Sg Petani.. Memula dia kenalkan gua dengan kawan sekolah dia.. Kemudian melarat-larat sampai lah geng sekarang ni..
Ok.. Part 1 ni gua nak cerita trip muara.. Tanggal Sabtu10/12/2016.. Asal bermula plan dengan Abam A.Rapala dan Abam Sal.. Tapi last minit Abam A.Rapala tak dapat join.. So gua pun turun dengan Abam Sal.. Sesi panas badan sebelum trip ke 2 katanya.. Rezeki tak berapa nak baik petang Sabtu tu.. Ikan agak pasif.. Ikan pengacau iaitu Kacang (Alu² rempit) pun tak berapa nak menyambar.. Trolling jugak tiada sambutan.. Yang sudi menyambut hanyalah daun² dan ranting² hanyut.. Cehh!!
Tapi kalau bukan dengan izinNya, mujur ada Siakap rempit yang sudi menyambar Yozuri Crystal Minnow gua.. Hahaha.. Jadilah untuk menyambal rumah mertua.. Dan itulah satu² ikan untuk petang itu..
Siakap Rempit dan Yozuri Crystal Minnow
Antara punca ikan menjadi pasif kurang menyambar lure antaranya air start pasang pukul 7.. So dari pukul 3.30 gua turun tu air mati tak bergerak.. So, ikan pun menjadi kurang galak untuk menyambar lure.. Keadaan air terlalu jernih petang tu juga kitorang meletakkannya sebagai anatara punca²nya.. Sekadar analisis syak wasangka.. Hahaha..
Merempit bersama Abam Sal untuk menghibur hati
Begitulah kisahnya.. InsyaAllah 2017 gua akan "kambek" dengan ilmu yang penuh di dada yang mendabik ini.. Sayonara coretan kisah Part 1 gua..
No comments:
Post a Comment