Tuesday, December 13, 2011

| Riang Ria Jambo |



Untuk pertama kalinya gue ride jamboree tak berhenti kayuh lansung kecuali kat check point nak refill air..
(padahal ni jamboree kedua untuk tahun ni kot)
Dan tak sangka plak boleh dapat placing top 100..
(padahal ramai rider yang kat depan yang sesat.. nasib je ni)
Akhir kata, sentiasalah bersama Power Gel ketika jamboree..
(padan muka sapa suh tak prepare awal²)

Friday, December 9, 2011

| Kadang-kadang |

Kadang-kadang aku sering tertanya apa yang aku buat kalau aku tak gila mancing..
Kadang-kadang jugak aku kenapa aku menjebakkan diri dengan menatang kamera..
Kadang-kadang juga aku tertanya kalau aku tak mengayuh..
Dan kadang-kadang aku sering berfikir jika aku tidak mempunyai banyak hobi..


Jawapannya aku dah tahu.. Simple, tipis dan padat..
Kalau aku tak buat semua benda tu aku akan jadi seperti diorang..



"Si Zombie Bermata Sepet" yang berpakaian seperti puak metroseksual..
Syukurlah jalan aku pilih membuatkan mata aku tidak sepet seperti diorang..

Sunday, December 4, 2011

| Latihan Menubi |



Tinggal lagi 7 hari nak Sepang Jamboree dan sudah 2 minggu tak pernah berkayuh..
Nekad waktu pagi tadi melakukan latih tubi dengan harapan jamboree kali ini tidak akan berlaku otot ketat atau dalam bahasa saintifiknya "Kejang"..
Semua ini demi mengembalikan maruah gue yang tercalar akibat perbuatan ranjang Maya Karin dalam filem Ombak Rindu..
Dah buat adegan ranjang boleh plak ngko bersyukur sebab berjaya melakonkan adegan tu..
Imam masjid mana ngko ikot Mayat Kerin??
Eh!! Tu bukan filem bahlol ke?? Puiii!!

Thursday, December 1, 2011

| Tercapai!! | Siakap Kenyir |



Jika Allah tidak mengizinkannya, maka gue tak dapat merasa lesen ni..
Alhamdulillah..
Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. [^_^]

Gambo lain semua ada kat kamera Abam Reza..
Tunggu la dia free baru gue amek..
Rasa cam nak turun lagi je ke Kenyir.. Tengah frenzy ni..
Ohoyyyyy~~

Thursday, November 24, 2011

| Kali Ke-3 |

Fauzan memang seorang pemancing.. Pantang nampak air tangannya menggeletar seperti menghidapi sebuah sawan.. Untuk menunjukkan betapa tegarnya dia, keretanya dihantar airbrush dengan gambar ikan Toman.. Betapa kental buah pemikiran dia di situ..
Tapi sayang.. Semenjak dua tiga empat lima....... menjak, Fauzan mula beralih ke hobi baru.. Perlahan-lahan hobi memancing semakin berkurangan hari hari ke semasa.. Tiba-tiba pasa satu hari..



Ah!!!!
Malas la gue nak taip karangan..
Ingat ni paper Penulisan UPSR ke??
Besok gue nak gerak gi kenyir untuk kali ke-3..
Tak lengkap seorang caster kalau tak turun kenyir pada tahun tu..
Sekian..
Wahahahahaha..

Saturday, November 19, 2011

| Penantian Satu Penyiksaan |


Akhirnya, MC Slicer gue ada juga penggantinya..
Tentu ngko dah penat asyik nyanyi lagu Fabian - Penantian kan En. Slicer..
Hahahaha..

Friday, November 18, 2011

| Terima Kasih |

Terima kasih RST F1RST yang selama ini bekerja untuk gue.. Jasamu tetap dikenang..



Hi Enix.. Hahahaha.. Jangan menghampakan gue ye..



Nanti² la aku buat review pasal fork ni.. Tu pon kalau ada kesempatan la.. Hahahaha..

Tuesday, September 20, 2011

| Kali Amara |

Seperti mendapat lesen jigging..
Untuk meraikan lesen jigging gue tempoh hari, gue berjaya mengopakkan dompet dengan sukacitanya membeli benda ini..
Ha.. ha.. ha.. Harun Salim Bachik!!



Helmet lama dah bole bagi abah gue dah..
Keselamatan diri bermula dari niat yang suci..
Yoshhhhh!!

Tuesday, September 13, 2011

| Lesen Pertama |

Sejak lama tak mancing tak tahu apa nak update..
Nak update cerita basikal tak best kalau takde gambo..
Gila ke apa sambil offroad nak amek gambo??

Lupakan itu..
Apa yang ingin aku katakan, setelah 2½ tahun aku bersport fishing (mancing dari kecik, sport fishing lain sket) akhirnya aku dapat gak lesen jig!!
Hahahaha..
Orang jahat musti ketawa..
Hahahaha..

Bertempat di Pulau 9.. Kerapu Selipar rupanya yang menyambar..



Itu pon nak kecoh ke dapat kerapu besar pelempang Orge?? Puiii~~

Wednesday, July 13, 2011

| Jigging Di Pekan | Edisi Derhaka |

"Bai, lu nak ikot tak?? Ada satu kosong gi jiggung kat Pekan"
"Ikan ape je ada kat sana arr?? Mama toman ada"

Pelepuk!!! Dirembatnya perut gue dengan tangan bajet sasa tu tapi gue sempat mengawal chi aura ultra jingga lantas lantunan rembatan itu tadi terkena makcik kat sebelah yang tengah khusuk hirup sup kambing.. Itu la.. Basuhlah tangan sebelum makan kata orang sedikit berumur..

"Nak ke tak nak?? Ebek cam biasa la tapi aku dengar tenggiri ada masuk"
"Tenggiri??"

Sejak peristiwa sembang kosong itu, terhasil la trip yang sukses!! Memang sukses seperti suksesnya Anuar Manan menghabiskan perlumbaan Le Tour De Langkawi pada tahun Gajah lepas.. Tanggal 9/7 telah dipilih.. Bermulalah kisah pengembaraan geng2 derhaka ni ke Pekan..


Amacam?? Ada cam Crow Zero tak??


Tempat perteduhan..


Pagi menjelma.. Antara yang dipertaruhkan..


"Apa ngko nak buat dengan kereta Tamiya tu dol??"
"Diamlah!!"


Boatman Abang Per.. The Legend!!


Ewah Pokcik memposing plak..


Cam kat Maldives katanya.. Puiii!!


"Apa kata kita bom je tempat ni"
"Molek gak tu boh"

Pindah port ke 2.. Lagi teruk dilambung alun.. Sorang menewaskan dirinya dengan sukarela (cantik muntah lu bro kat atas air tu, nilai seni yang tinggi tu).. Gue pon tak tahan, dalam kesempatan ikan tak nak makan ni la gue tido kejap.. Sejam gak la gue lelap..

Bangun dari tido, bro Per cakap kita pindah port ke 3 plak.. Turun jig, pon tak nak gak.. Dalam hati aku je kang yang turun kang.. Kalau dah rezeki tak ke mana.. Gue pacak apollo ngan hirisan sotong yang jatuh dari langit pagi tu.. Sretttttttt.. Bagai nak rak.. Rupanya..



Baby cermin je.. Hahahaha.. Ok la tuh janji layan.. Lepas je baby cermin ni makan, pesta ebek bermula..




"Nampak tak permainan gua macam mana der??"




Gue juga turut menampakkan permainan itu..


Secara jujur, jangan terpedaya dengan rod yang bending itu.. Saiznya?? Wahahahaha..


"Terima kasih Kopi Jantan sumbangan Arie Blue"


Double Hook Up Skateboarding.. Memang Heaven..

Gambar semuanya adalah sumbangan En Pokcik... Teng Kiuk!!

Begitulah sorotannya.. Jigging konon.. Jinggin udang hidup bolehlah.. Ceh!! Tapi kalau dah alun tinggi 1 meter bantai korang, Detaktif Conan pon leh mabuk laut kot.. Tapi Alhamdulillah.. Sejak gue mengamalkan kehidupan sihat dengan berkayuh, bahan-bahan muntah tadi berjaya dikawal dengan cemerlang di kerongkong serta esofagus..

Kepada geng-geng yang mabuk, apa da hal.. Kita repeat la jom.. Wahahahaha.. Ingat pas ni nak bawak surfboard la sambil pasang lagu Hawaiian 5-0.. Baru la dapat kurangkan statistik mabuk tanpa halatuju itu.. Papehal pon Terima Kasih Geng Santai Anglers!!

Tetiba perot lapar.. Ok la.. Gue nak gi makan kejap..

Tuesday, July 12, 2011

| BBSA | Band Of MTB Trail |

Ahad lepas gue telah dicabar dengan sepenuh jiwanya oleh Soul Cycling Asia untuk ride kat trail ni..
Letih tak hilang lagi lepas balik berjigging dari Pekan, boleh pulak main cabar..
Takpe, anak jantan yang tak gemarkan kopi jantan ini sedia menyahut..
Dirancangnya pukul 5 menepek kat ofis Cycling Asia dengan harapan si Soul ni nak amek basikal dia..
Ceh!! Sekali kunci lain pulak melekat kat pintu tu.. Dengan nada mencebik, Soul pasrah dengan hakikat bahawa kutipan KL Gangster memang mencecah RM 10 juta hengget..
Apa pon tak bleyyyy!!!

Tak buang masa.. Gue shoot tros ke trail ni dengan En. Jemek berbekalkan jitensha ayam memasing..
Terimalah sorotan yang mampu disorotkan..


Mesin ayam yang dipertaruhkan..


1st switchback, En. Jemek menewaskan dirinya dengan sukarela..


Setakat switchback camni selamba je gue..


Korang perasan tak 1 pokok renek ilang kat belah kanan gambo tu?? Wahahaha.. Jangan marah arr tuan punya trail.. Dem!!






Antara gambar permulaan trail yang sempat dirakam jurugambar jurusan seni di sebuah IPT terkemuka bujur sirih


Dan ini ubatnya terkena pedal paku.. Ingar pasni aku nak tukar pedal berapi plak la.. Ok tak??

Itu je la sorotan itu.. Repeat?? Gue tunggu itu budak Soul sampai sana ngan basikal baru gue nak repeat.. Ceh!!
Hahahahahaha..
Sebenarnya trail ni panjang lagi..
Lepas je trail yang terkelempam tu, trail yang ala2 freeride..
Gue bantai sebijik macam Garett Buehler main freeride tanpa memikirkan risiko bakal melekat kat pokok berhampiran..
Hahahahaha.. Darah masih muda katakan..
Tak percaya.. Terpulanglah kepada pemikiran waras anda..
Hahahahaha..

Ermm.. report gue gi jigging kat Pekan InyaAllah akan diapdet kalau takde ular melintang..
Huiiiiiiii~~

Tuesday, July 5, 2011

| Gael Clichy to Manchester City | Komfirm! |

Akhirnya Gael orang pertama yang melangkah keluar dari Gunners..
Setelah 8 tahun berkhidmat, nampaknya dia cuba untuk menukar angin baru iaitu dari angin transparent kepada angin ntah apa aku pun tak tahu..
Nampaknya, diharap Gibbs dapat menunjukkan taringnya dengan mengisi kekosongan yang ada..
Jangan asyik injured sudah.. Aku santau apa pon tak dapat kang ngko Gibbs!!
Ha.. ha.. ha..



Sempat lagi dia berkata kepada Arsenal.Com sebelum berambus.. Camni bunyinya..

“I have had eight fantastic years at Arsenal and made many friends. I have so many great memories from my time at Highbury and Emirates Stadium. I would like to say thank you to everyone at Arsenal for all of their support and friendship. I also want to send a big thank you to all the Arsenal supporters, who have always been so good to me.”

Sebenarnya aku pon tak paham apa yang dia cakap sebenarnya tu..
Ntah bahasa kepulauan mana ntah aku pun tak tahu..
Ha.. ha.. ha..
Semoga sukses disana nanti.. :D

Saturday, July 2, 2011

| 3,2,1 Cinta (2011) AVI | Mediafire |

Tengah aku boring², terjumpa plak benda ni..
Sedot je la alang² nak buat collection movie katanya..
Jadi, sharing is caring kan?? Nah.. Sedutlah selagi boleh..
Hahahahaha..



Genre: Comedy | Romance
Language: Malay
Subtitle: Malay Subtitle Hardsubbed

DOWNLOAD

PART 1
PART 2
PART 3
PART 4

Wednesday, June 29, 2011

| Lama Tak Pekena |



Huh!! Tetiba ada mejemput untuk join diorang buat BERSIH kat Pekan plak 9/7 neh..
Last berjigging pon tahun lepas kat Port Dickson..
Kena plak bulan ni ada rezeki lebih..
Peluang tak datang bergolek tetapi datang bergulung namanya ni..
Tapi sayang..
Kevlar, shrink pipe ngan mta kail aku yang dulu semuanya menghilang ntah ke mana plak..
Malasnya nak gi beli..
Sapa ada lebih?? Meh pos kat aku sikit..
Ahahahahaha..

Thursday, June 23, 2011

Jackson R.A.Pop Lure



Akhirnya aku memiliki gak lure yang dikatakan "killer" untuk Peacock Bass Gitar ngan Tarpoon Bulan..
Tapi bila aku nak mentabung uji lure ni??
Banyak plak tu aku beli..
Dem!!
Ada yang minat nak beli ke??
Ahahahaha..

Monday, May 30, 2011

| Untuk Pertama Kalinya |

Aku dapat memancing ketuka..
Ha.. ha.. ha..
1st time dapat ketuka selalu tengok orang je naik..
Akhirnya, aku boleh berbangga dengan cucu aku nanti sebab pernah naikkan ketuka..



Itu pon nak kecoh ke dengan hanya dapat ketuka?? Huh!!
Laporan lanjut dan penuh kaming sun..
[-_-]

Thursday, May 26, 2011

| Demam TerkeTURR |

Perghh!! Best!! Demam gue dah kebah.. :D
Malam ni gue nak gerak ker TURR demi ala-ala reunion ngan member Poli yang berapa kerat je wujud kat Poli Hawau tuh.. Pejadanya TURR tu??
Ni ada member gue masa kat Poli dulu.. Pas je grad, bermulalah pengembaraan dia sebagai graduan ukur bahan mengorak langkah ke alam kerja.. Bekerja la dia sebagai ahli ukur bahan kat Shell Perhentian Tapah sebagai juru ukur bahan kat situ..
Jadi apa kena mengena cerita di atas ngan TURR??
Takde apa2 kot gue rasa.. Ha.. ha.. ha..
Sebenarnya dia plak yang takover bisnes bapak dia sebagai manager TURR..
Bisnes minded member gue sorang ni.. Aku perasan karisma kerja dia sejak kitorang bersama-sama main Counter Strike masa belajar kat Poli dulu..

TURR singkatan Tanjung Uda River Resort.. Tertepek di google map berada di kawasan Setiawan..
Korang usha sendiri la kat website dia tu sbb aku bukan persis sasterawan nak karang mengarang ni..
http://tguda.comoj.com/

Tujuan gue nak mancing ngan berkayak je kat situ..
So, untuk tidak mahu mengarang lebih lanjut cerita, gue nak gi siapkan barang-barang pancing ngan baju untuk bergerak ke sana..
Karangan tamat di sini.. [^_^]

Thursday, May 19, 2011

| Port Casting Yang Hancur |

Kali ni port meeting plak hancur dimamah dek pembangunan yang taksubnya bangun..
Memula gue tak percaya yang En. Jemek cakap port meeting dah kena tambak lagi suku..
Sekali gue gi usha, ternyata kenyataan itu benar lagi jitu..
Alang-alang dah sampai, cast je la..
Amek ngko!! 2 jam ½ cating hanya seekor curut je yang sudi..



Oh!! kerakusan pembangunan menyebabkan serebelum aku bergetar untuk mengkarate orang yang kat site tu je..
Demm!!

Sunday, May 15, 2011

| Percubaan "Off-Jalan" | Trek Kayuhan 1 Meru |

Akhirnya yang ditentunggukan berjaya direalisasikan..
Siap gak Jitensa ke 2 aku walaupun perancangan asal lain dan hasilnya tetiba lain, janji leh melompat-lompat macam berok..
Perjanjian Hudaibiah untuk menguji ketahanan jitensha dilakukan bersama En. Jemek..
Dan kebetulan seorang kawan yang terjumpakan dirinya di Kedai Tee tempoh lalu juga ingin menyertakan dirinya walaupun duduk jauh nun di Damansara sana.. En Nas..
Kental, jitu dan proton wajanya dia ke tempat gue nak join sekali menggasak jitensa memasing di permukaan jerawat batu seperti muka Jorg Dabeliu Bush-shuk..

7.30 pagi.. Bermulah aktiviti melonggarkan dan memutuskan otot serta urat saraf..
Tengok gambar je la.. Aku bukan pandai nak karang-karang ni sebab impian aku nak jadi Ultraman bukannya sasterwan tekemuka..


Bermulalah pengkayuhan kritis..


"Kenapa aku melupakan diri untuk tukau gear rendah arr"




Bersambung semula di situ..


Sementara tunggu member mendaki, main amek2 gambo jap..


En Jemek pon nak jugak.. Adoyyy~~


Sayup mata memandang, berat lagi bahu menolak..


Ngan Yin walaupun bontot memasing dah kematu..


"Kenapa tetiba aku berada di hutan sedangkan 2 minit tadi aku rasa aku kat The Curve" keluh si baju merah..


Ngan Yin lagi.. Takde kerja lain ke?? Chait!!


Kali ni biar aku kat depan plak.. Ahahahaha..

Begitulah sorotannya..
Gambo sarapan kat bukit Ramlee tak berjaya dirakan kerana rakus menikmati nasi lemak 1 dulang nasi ambeng memasing.. Ahahahaha..



Pabila pagi bersenam, otak pon cerdas..
Tetiba petang tu kereta kitorang tetibanya ada bike rack..
Aneh.. Haruslah biarkan diri anda diselubungi misteri..
Huuuuuuuu~~ :P