Thursday, January 17, 2013

| Dan Akhirnya... | 1.15kg Snakehead @ Haruan |

Maka pagi tadi.. Cast sorang².. Di port baru.. Area² Setia Alam.. Korang boleh gelarkan gua Forever Alone.. Akhirnya.. Yang dicari² akhirnya tercapai.. Tercapai dek akal.. Juga tercapai dek fikiran.. Alhamdulillah.. Bermula 9 pagi, segala lure dalam lure box gua campak.. Sepertinya ikan tidak teransang dengan gerakan penyudah yang dihasilkan.. Maka gua pun lemparkan Tommy.. Amboih.. Asyik miss call saja tak nak melekat.. Sabar itu separuh dari iman.. Akhirnya dia muncul.. Serba sedikit sorotan di tempat kejadian..

 
Seksa jugak nak ambik gambar kalau cast sorang²..

 Surecatch Tommy 80 tertancap dengap penuh rapinya..
Pandangan Pelan
Reel : Abu Garcia Elite IB
Rod : Daiwa Crossbeat 6", 8-16lb
Line : Spiderwire 15lb
Lure : Surecatch Tommy 80

 Pandangan senget & mereng
 

Barulah segak kalau ada orang snapkan gambar.. Amboih ececececeh~

 Ini misteri.. Strike kat hook belakang, tapi hook depan yang kangkang.. Perlu ke gua report kat Majidol Sidek?

Mujurlah rumah mak gua ada penimbang..

Haruan tu gua tak release.. Grandfather gua ada kat umah parent gua sebab ada check up kat Hospital Selayang.. Sebagai cucu yang baik dan taat, gua berjaya menghadiahkan haruan ini untuk dia.. Feveret dia.. Cucu Gemilang, Keluarga Terbilang.. Sekian

Sunday, January 13, 2013

| Mancarut Si Curut |



Asalnya bajet gua nak update tentang vacation gua kat Sabah minggu lepas.. Tapi macam takde mood pulak.. Jadi gua pun dengan hati yang menawan, gua update la tentang komplot gua dengan Aril si Memerang Muda..

Lokasi komplot yang dijanjikan adalah port meeting.. Ya!! Port Meeting.. Yang satu ketika dulu banyak gua strike dari cucu haruan hingga ke atok haruan.. Tapi kini.. Gua dah lebelkan port ini sebagai port MUSHIBAT.. Musnah dek kerakusan manusia.. Lupakan.. Kita teruskan dengan cerita semalam..

Dari depan sampai belakang.. Dari utara sampai ke seletan.. Segenap ceruk port meeting kitorang redah tapi takde sekor pun yang berani makan lure kitorang.. Gua syak semua haruan letih kot sebab join Mohd Sabu berhimpun kat Stadium Merdeka sempena ntahapabendantah perhimpunan kat situ.. Gua dengan aril mula memancarkan cahaya kumpau berdarah di wajah memasing..

Hujan tidak semestinya lebat.. Itulah pepatah merepek yang pernah gua ikuti suatu ketika dahulu.. Macam biasa.. Cultiva Zip Ziggy gua tak pernah menghampakan..





Haaaaaaa!! Nampak tak besar dia cemmaner.. Gua pun rasa diri gua macam useless.. Ni baby bukan curut.. Jangan risau.. Gua dah release..

Tak lama Aril pulak yang strike.. Dia punya fight bagai nak rak.. Sekali..



Jangan nak senyum sangat la kalau curut!! Gua nak letak gambar ni pun dah sampai 15 keping tisu gua habiskan kerana terlalu menyayat hati dengan saiz haruan tu..

5 minit sebelum azan maghrib berkumandang.. Gua dan memerang muda tadi membawa diri dengan hati yang sebak.. Syukurlah curut sudi menyambar.. Gua terima hakikat yang gua hanya layak menjadi seorang pemancing di 'peceran'..




Sunday, January 6, 2013

| Permulaan Lesen |

2012 adalah tahun bersejarah kerana tahun kumpau gua.. Yaa!! Kumpau dan terus kumpau.. Padan muka diucapkan pada gua sendiri..

Lupakan 2012.. 2013 gua dah train seorang lagi untuk menjadi memerang.. Kebetulan gua terdengar cerita Port Apek kembali mengganas setelah lama diperam.. Gua ajak memerang muda tadi ikut gua cast kat Port Apek..



Sampai je port tu tak buang masa gua campak killer lure haruan, Owner Zip Ziggy.. Bertalu-talu miss call gua terima tapi tak lekat.. Gua syak mungkinkah ada aktiviti makhluk asing di sini.. Sangkaan gua benar.. Pikok Bes saiz 2 jari je yang poyo² nak hentam lure gua.. Dengan nada panas hati gua campak rokok ke mulut gua dah dihidupkan api.. Cilakak!! Gua tak bawak micro lure..

Ok, ambil air keruh, buang yang jernih.. Pepatah lama ada mengatakan begitu.. Gua pakai pulak Ecogear minnow dan tak sampai 3 cast naiklah seekor..



Eh!! Ada rupanya.. Dan cerita seterusnya malas gua nak cerita.. Kalau dah tengah hari mana ada haruan nak makan lagi.. Gua pun pulang dengan 1 perasaan dendam dan pasti akan gua bomb tempat tu kembali..

Memerang muda? Malas la gua nak cerita pasal dia.. Dah hit ikan besar boleh pulak menjerit² macam orang kehilangan teruna.. Padan muka lucut.. Tahniah diucapkan padanya..

Wednesday, January 2, 2013

| Permulaan |

2012 dah pun berlalu dan angka 2 digantikan dengan sengajanya dengan angka 3.. Gua pasti setiap orang memikirkan azam tahun baru.. Tak lupa juga lesen tangkapan hasil ikan dari penipuan dengan menggunakan plastik.. Gua? Macam biasa serta tipikal.. Azam baru mesti kena ada.. Gua berazam pada tahun 2013 ini gua nak apa pun tak tahu.. Begitulah penamatnya azam seorang pemuda tulang belakang negara katanya..