Showing posts with label Cerpen Karut. Show all posts
Showing posts with label Cerpen Karut. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

| Kadang-kadang |

Semenjak sebulan dua ni gua mengalami kecelaruan identiti.. Kecelaruan yang berlaku dalam bidang penulisan blog.. Kadang² gua terpikir nak buat blog gua macam kawan gua.. Penuh informasi walaupun gua tengok info dia dah basi ibarat roti gardenia yang dah ekspiyerd.. Tapi 24/7 laman sosial sentiasa penuh dengan info terkini.. Gua batalkan untuk menjadi seperti dia.. Kadang² gua terpikir nak buat blog makanan.. Yes!! Gua pemburu makanan.. Tapi berat gua dah 80kg.. Mengikut BMI anatarabangsa yang dicipta, gua dah terlebih paras macho yang ditetapkan.. Sekali lagi gua batalkan niat gua tu dengan hanya kentut di dalam air sahaja.. Kadang² gua terfikir nak sambung balik penulisan² dari hobi gua macam memancing ke basikal ke tak pun mandi parit.. Tapi gu rasa macam tak feel la sebab gua bukan ada 1 hobi je.. Dan tak pernah dibuat orang pun aktiviti mengumpul hobi.. Gua je yang suka buat sampai sepulohsen pun gua tak simpan dalam ASB.. Tua nanti tau la akibatnya.. Kadang² gua nak buat blog gua ni macam blog² orang famaous.. Tapi bila gua pikir, hipster plak pulak.. Hipster ibarat memakai tudung berbelit² kesana sini padahal pakai tudung tu mudah je.. Kesimpulannya, baik gua buat tak paham je pasal blog ni.. Agak² nak karang, gua karang dengan bahasa yang indah.. Begitulah.. Kadang²..

Thursday, June 21, 2012

| Rokok Dirokok |

Ianya satu hari yang indah disulami bunyi kupu² berkicauan.. Memang indah hari itu kalau digabungkan dengan asap rokok yang membakar esofagus di dalam badan..Tawil seorang perokok tegar lagi jitu.. Memang tiba waktunya untuk dia menghisap rokok.. Diambilnya sebatang rokok dari kotak merah berseri.. Dibakarnya rokok itu, menyedut dan berkepul² asap keluar dari corong mulutnya.. Memang nikmat katanya.. Sedang Tawil khusyuk menghisap rokok di tangga kecemasan, tiba² bosnya ternampak Tawil sedang menghisap rokok..

"Awak tahu tak kawasan ni dilarang merokok?" tempik bos Tawil..

Tawil memandang muka bosnya dengan sekuntum senyuman manis..

"Kenapa? Awak fikir benda ni lucu?" tanya bosnya lagi..

"Tenang saja bos.. Mari kita fikirkan.. Kalau la bos eksiden, perokok² ni jugaklah yang akan tolong bos.. Bos jangan nak menghina kami plak.. Sedar diri sikit bos.. Jangan nak racist sangat!" balas Tawil sambil disulami ketawa mengilai bak langsuir

Psttttttttt~ Kedengaran bunyi bara seperti dipadamkan menggunakan air.. Rupa²nya bos Tawil berjaya merampas rokok dari tangan Tawil dan kemudian dicucuhnya ke lidah Tawil tanpa perasaan prejudis.. Tawil masih lagi ketawa tetapi kali ini nadanya sedikit berlainan dengan nada langsuir tadi.. Begitulah penyudahan yang tragis lagi pilu pada hari yang indah itu..