Showing posts with label Jitensha. Show all posts
Showing posts with label Jitensha. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

| Sg Selangor Phase 2 Endurance Ride | Musibat Punya Bukit |


Gua nampak poster ni kat laman sesawang popular..


Lantas tanpa melempar masa gua pon register.. 1085 orang semuanya..


Hari perlumbaan cuaca mendung.. Tangan digenggam dan menumbuk ke udara tanda gembira..


Bila sampai kat tengah² trail gua nampak bukit musibat..


Gua memoral downkan diri sendiri secara sukacita..
Tapi perkayuhan masih diteruskan demi menjaga nama baik ibu pertiwi..


Akhirnya, gua sampai gak finishing dengan ranking sebegini..

CEH!! TAK POWER LANSUNG!! (bertempik di dalam hati)

-
-
-
Sekian karangan gua.. [ -_- ]

Tuesday, December 13, 2011

| Riang Ria Jambo |



Untuk pertama kalinya gue ride jamboree tak berhenti kayuh lansung kecuali kat check point nak refill air..
(padahal ni jamboree kedua untuk tahun ni kot)
Dan tak sangka plak boleh dapat placing top 100..
(padahal ramai rider yang kat depan yang sesat.. nasib je ni)
Akhir kata, sentiasalah bersama Power Gel ketika jamboree..
(padan muka sapa suh tak prepare awal²)

Sunday, December 4, 2011

| Latihan Menubi |



Tinggal lagi 7 hari nak Sepang Jamboree dan sudah 2 minggu tak pernah berkayuh..
Nekad waktu pagi tadi melakukan latih tubi dengan harapan jamboree kali ini tidak akan berlaku otot ketat atau dalam bahasa saintifiknya "Kejang"..
Semua ini demi mengembalikan maruah gue yang tercalar akibat perbuatan ranjang Maya Karin dalam filem Ombak Rindu..
Dah buat adegan ranjang boleh plak ngko bersyukur sebab berjaya melakonkan adegan tu..
Imam masjid mana ngko ikot Mayat Kerin??
Eh!! Tu bukan filem bahlol ke?? Puiii!!

Friday, November 18, 2011

| Terima Kasih |

Terima kasih RST F1RST yang selama ini bekerja untuk gue.. Jasamu tetap dikenang..



Hi Enix.. Hahahaha.. Jangan menghampakan gue ye..



Nanti² la aku buat review pasal fork ni.. Tu pon kalau ada kesempatan la.. Hahahaha..

Tuesday, September 20, 2011

| Kali Amara |

Seperti mendapat lesen jigging..
Untuk meraikan lesen jigging gue tempoh hari, gue berjaya mengopakkan dompet dengan sukacitanya membeli benda ini..
Ha.. ha.. ha.. Harun Salim Bachik!!



Helmet lama dah bole bagi abah gue dah..
Keselamatan diri bermula dari niat yang suci..
Yoshhhhh!!

Tuesday, July 12, 2011

| BBSA | Band Of MTB Trail |

Ahad lepas gue telah dicabar dengan sepenuh jiwanya oleh Soul Cycling Asia untuk ride kat trail ni..
Letih tak hilang lagi lepas balik berjigging dari Pekan, boleh pulak main cabar..
Takpe, anak jantan yang tak gemarkan kopi jantan ini sedia menyahut..
Dirancangnya pukul 5 menepek kat ofis Cycling Asia dengan harapan si Soul ni nak amek basikal dia..
Ceh!! Sekali kunci lain pulak melekat kat pintu tu.. Dengan nada mencebik, Soul pasrah dengan hakikat bahawa kutipan KL Gangster memang mencecah RM 10 juta hengget..
Apa pon tak bleyyyy!!!

Tak buang masa.. Gue shoot tros ke trail ni dengan En. Jemek berbekalkan jitensha ayam memasing..
Terimalah sorotan yang mampu disorotkan..


Mesin ayam yang dipertaruhkan..


1st switchback, En. Jemek menewaskan dirinya dengan sukarela..


Setakat switchback camni selamba je gue..


Korang perasan tak 1 pokok renek ilang kat belah kanan gambo tu?? Wahahaha.. Jangan marah arr tuan punya trail.. Dem!!






Antara gambar permulaan trail yang sempat dirakam jurugambar jurusan seni di sebuah IPT terkemuka bujur sirih


Dan ini ubatnya terkena pedal paku.. Ingar pasni aku nak tukar pedal berapi plak la.. Ok tak??

Itu je la sorotan itu.. Repeat?? Gue tunggu itu budak Soul sampai sana ngan basikal baru gue nak repeat.. Ceh!!
Hahahahahaha..
Sebenarnya trail ni panjang lagi..
Lepas je trail yang terkelempam tu, trail yang ala2 freeride..
Gue bantai sebijik macam Garett Buehler main freeride tanpa memikirkan risiko bakal melekat kat pokok berhampiran..
Hahahahaha.. Darah masih muda katakan..
Tak percaya.. Terpulanglah kepada pemikiran waras anda..
Hahahahaha..

Ermm.. report gue gi jigging kat Pekan InyaAllah akan diapdet kalau takde ular melintang..
Huiiiiiiii~~

Sunday, May 15, 2011

| Percubaan "Off-Jalan" | Trek Kayuhan 1 Meru |

Akhirnya yang ditentunggukan berjaya direalisasikan..
Siap gak Jitensa ke 2 aku walaupun perancangan asal lain dan hasilnya tetiba lain, janji leh melompat-lompat macam berok..
Perjanjian Hudaibiah untuk menguji ketahanan jitensha dilakukan bersama En. Jemek..
Dan kebetulan seorang kawan yang terjumpakan dirinya di Kedai Tee tempoh lalu juga ingin menyertakan dirinya walaupun duduk jauh nun di Damansara sana.. En Nas..
Kental, jitu dan proton wajanya dia ke tempat gue nak join sekali menggasak jitensa memasing di permukaan jerawat batu seperti muka Jorg Dabeliu Bush-shuk..

7.30 pagi.. Bermulah aktiviti melonggarkan dan memutuskan otot serta urat saraf..
Tengok gambar je la.. Aku bukan pandai nak karang-karang ni sebab impian aku nak jadi Ultraman bukannya sasterwan tekemuka..


Bermulalah pengkayuhan kritis..


"Kenapa aku melupakan diri untuk tukau gear rendah arr"




Bersambung semula di situ..


Sementara tunggu member mendaki, main amek2 gambo jap..


En Jemek pon nak jugak.. Adoyyy~~


Sayup mata memandang, berat lagi bahu menolak..


Ngan Yin walaupun bontot memasing dah kematu..


"Kenapa tetiba aku berada di hutan sedangkan 2 minit tadi aku rasa aku kat The Curve" keluh si baju merah..


Ngan Yin lagi.. Takde kerja lain ke?? Chait!!


Kali ni biar aku kat depan plak.. Ahahahaha..

Begitulah sorotannya..
Gambo sarapan kat bukit Ramlee tak berjaya dirakan kerana rakus menikmati nasi lemak 1 dulang nasi ambeng memasing.. Ahahahaha..



Pabila pagi bersenam, otak pon cerdas..
Tetiba petang tu kereta kitorang tetibanya ada bike rack..
Aneh.. Haruslah biarkan diri anda diselubungi misteri..
Huuuuuuuu~~ :P

Tuesday, May 3, 2011

| Semakin Hampir |





Projek jitensha kedua semakin hampir ke fasa sepenuhnya..
Tunggu Avid juicy 3 sampai menggunakan burung merpati je ni dari Terengganu..
Apa aku nak namakan dia nanti yer??
Ha.. ha.. ha..

Sunday, April 17, 2011

| Penderhakaan |



Nampaknya ngko meninggalkan aku keseorangan kat simpang tiga ni En. Jemek..
1 penderhakaan yang sinis tetapi efektif dalam sesuatu komunikasi..
Eh.. bila la aku nak keluar dari simpang tiga neh..
Aiyoooooo~~

Cuaca tak menentu plak nak casting haruan semenjak 2 menjak ni..
Apakah artis-artis wannabe kat AF ngan Mentor tu mengeluarkan suara sumbang??
Boleh jadi barangkali..
Kepada mereka, kasihanlah kami pemancing-pemancing di Malaysia ni..
Set dah makin berhabuk tuh..

Sunday, April 3, 2011

| 2 Benda Dijadikan 1 | Maksimum!! |



Kejadian berlaku pada sabtu lepas..
Setelah lama mencari stamina, akhirnya berjaya gak melakukan aktiviti ni dengan letihnya lagi jitu padu..
Peluh yang dicari akhirnya muncunl di pagi yang indah itu..
Ha.. ha.. ha..

Lama tak casting haruan sejak balik dari Royal Belom raya cina hari tuh..
So, komplot ala-ala comel ni dilakukan dengan En. B disertakan sekali dengan Wak Tek..
Saja nak usaha port lama, Port Tanah Merah yang telah dianggap musnah akibat kerakusan manusia yang merakus memakan hasil bumi tanpa memikirkan masa depan..

Setelah lenguh dan kejungnya tangan melontar gewang dengan mesin tebu memasing, akhirnya En. B gak yang berjaya menaikkan seekor haruan..



Ececececeh Wak Tek!! Jangan nak Ngan Yin sangat!!
Ha.. ha.. ha..
Nak kata juvenil, masih lagi menghisap puting..
Maka tepuk poket tanya dompet..





Begitulah sorotan peristiwa hitam haruan itu..
Berjaya di release semula untuk kesejahteraan umum..
Ha.. ha.. ha..

Nampaknya tu je la rezeki yang ada ari tuh..
Dan masih meracun mereka membeli gerek supaya takdelah aku asyik nak escort aku je cam Le Tua De Casting plak nanti..
Ha.. ha.. ha..
Adios!! :D