Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Monday, February 4, 2013

| Fast & Furious 6 | Trailer |

Ok.. Trailer dah keluar.. Gua teransang sekarang.. Deng!!!

Saturday, June 16, 2012

| Review | Jiwa Taiko | Puihhh Taiko! |



Gua ternampak trailer cerita ni time gua layan filem chow kit tempoh hari.. Apa yang boleh gua katakan, ni filem ke cerekarama TV3?? Kerana apa?
  1. Jiwa jiwang.. Gua tahu sedangkan Che guavera pon jiwang gak.. Tapi kenapa perlu dinamakan Jiwa Taiko?
  2. Takde lain ke selain nak buat seks? Bangga ke berani buat filem kalau lepas adegan berahi?
  3. Plot haram jadah gua tak paham..
  4. 1st time gua keluar awal sebelum cerita habis.. Sejam gua tunggu, dia punya aksi selain daripada cium kaki nak buat seks..
 Darling, nanti I cium kaki U lagi okay?
Gua rasa taip panjang² pun tak guna sebab gua nak save tenaga ntuk malam ni punya tournament boling.. Kepada En. Pengarah, komon, try harder.. Gua takde bintang nak petik nak bagi untuk ini filem.. Kah kah kah~

Monday, March 12, 2012

| Bunohan | Review |



Gua baru berkesempatan nak buat review.. layak ke gua? Lantak la apa orang nak kata sebab ni pandangan gua.. Ahad lepas bajet nak buat review tapi lepas je gua layan ride kat Bukit Kiara, lansung prestasi badan gua terus merundum.. Gua telan CNI Tongkat Ali, tapi lansung terus tidur awal.. Walhal?

Ok gua teruskan reveiw pasal filem ni.. Nampaknya segelintir pengarah filem Malaysia sudah mula membuka mata untuk membuat filem yang berkualiti dan berseni.. Mohideen ngan Ahmad Idham tak terlibat dalam ni.. Dain Said berjaya menarik perhatian gua untuk menonton filem ni.. Tapi, kalau ada kebaikan mesti ada kelemahan di situ..

Kita mula dengan yang baik dulu..
  • Filem berat yang penuh mesej dan metafora..
  • Plot dia memerlukan pemikiran dah kefahaman.. Ini bukan filem Adnan Sempit yang tonton sambil santai.. Gua suka menonton sambil berfikir..
  • Watak masing² memang menjadi lagi² si Bakar (Pekin) yang berjaya membakar jiwa..
  • Time dua saka bercakap time last² cerita tu, gua suka ayat² yang dilemparkan.. Tinggi bahasanya..
  • Filem Malaysia terbaik selepas Songlap..


Tapi apa kelemahan yang gua nampak..
  • Cam biasa, gua rasa janggal dengan slang Kelantan yang dipertonjolkan oleh pelakon bukan orang Kelantan macam Faizal Hussain, Sofi Jikan dll.. Mungkin sebab gua pernah belajar kat sana 2½ tahun kot jadi gua boleh tahu cemmaner slang orang sana bercakap.. Memang lari sikit slangnya.. Tapi kalau orang yang tak paham bahasa Kelantan, benda ni takde masalah..
  • Mek Yah berjalan catwalk lepas keluar dari sungai.. Hahahaha..
  • GSC One Utama aircond dia sejuk gila macam chiller (ada kena mengena ke?)


Papehal pon gua bagi 4.5/5.. pemilihan pelakon yang baik berjaya membawa gua pergi ke negeri pantai timur..
Bagi gua berbaloi.. Sapa yang minat filem santai, gua rasa adalah baik sediakan mental yang sukses untuk mengalami 1 pengalaman di mana tengok movie sambil berfikir..

Ok la.. Perot gua dah lapar.. Gua nak gi cari makan kejap..