Sunday, January 13, 2013

| Mancarut Si Curut |



Asalnya bajet gua nak update tentang vacation gua kat Sabah minggu lepas.. Tapi macam takde mood pulak.. Jadi gua pun dengan hati yang menawan, gua update la tentang komplot gua dengan Aril si Memerang Muda..

Lokasi komplot yang dijanjikan adalah port meeting.. Ya!! Port Meeting.. Yang satu ketika dulu banyak gua strike dari cucu haruan hingga ke atok haruan.. Tapi kini.. Gua dah lebelkan port ini sebagai port MUSHIBAT.. Musnah dek kerakusan manusia.. Lupakan.. Kita teruskan dengan cerita semalam..

Dari depan sampai belakang.. Dari utara sampai ke seletan.. Segenap ceruk port meeting kitorang redah tapi takde sekor pun yang berani makan lure kitorang.. Gua syak semua haruan letih kot sebab join Mohd Sabu berhimpun kat Stadium Merdeka sempena ntahapabendantah perhimpunan kat situ.. Gua dengan aril mula memancarkan cahaya kumpau berdarah di wajah memasing..

Hujan tidak semestinya lebat.. Itulah pepatah merepek yang pernah gua ikuti suatu ketika dahulu.. Macam biasa.. Cultiva Zip Ziggy gua tak pernah menghampakan..





Haaaaaaa!! Nampak tak besar dia cemmaner.. Gua pun rasa diri gua macam useless.. Ni baby bukan curut.. Jangan risau.. Gua dah release..

Tak lama Aril pulak yang strike.. Dia punya fight bagai nak rak.. Sekali..



Jangan nak senyum sangat la kalau curut!! Gua nak letak gambar ni pun dah sampai 15 keping tisu gua habiskan kerana terlalu menyayat hati dengan saiz haruan tu..

5 minit sebelum azan maghrib berkumandang.. Gua dan memerang muda tadi membawa diri dengan hati yang sebak.. Syukurlah curut sudi menyambar.. Gua terima hakikat yang gua hanya layak menjadi seorang pemancing di 'peceran'..




No comments: