Thursday, May 26, 2011

| Demam TerkeTURR |

Perghh!! Best!! Demam gue dah kebah.. :D
Malam ni gue nak gerak ker TURR demi ala-ala reunion ngan member Poli yang berapa kerat je wujud kat Poli Hawau tuh.. Pejadanya TURR tu??
Ni ada member gue masa kat Poli dulu.. Pas je grad, bermulalah pengembaraan dia sebagai graduan ukur bahan mengorak langkah ke alam kerja.. Bekerja la dia sebagai ahli ukur bahan kat Shell Perhentian Tapah sebagai juru ukur bahan kat situ..
Jadi apa kena mengena cerita di atas ngan TURR??
Takde apa2 kot gue rasa.. Ha.. ha.. ha..
Sebenarnya dia plak yang takover bisnes bapak dia sebagai manager TURR..
Bisnes minded member gue sorang ni.. Aku perasan karisma kerja dia sejak kitorang bersama-sama main Counter Strike masa belajar kat Poli dulu..

TURR singkatan Tanjung Uda River Resort.. Tertepek di google map berada di kawasan Setiawan..
Korang usha sendiri la kat website dia tu sbb aku bukan persis sasterawan nak karang mengarang ni..
http://tguda.comoj.com/

Tujuan gue nak mancing ngan berkayak je kat situ..
So, untuk tidak mahu mengarang lebih lanjut cerita, gue nak gi siapkan barang-barang pancing ngan baju untuk bergerak ke sana..
Karangan tamat di sini.. [^_^]

No comments: