Sunday, October 31, 2010
| Casting Battle Series 4 | Akhirnya.. |
Team WWA 1 & WWA 2
Setelah mengikuti 2 siri sebelum ni dan seperti biasa berjaya membangaukan diri di tepian tasik, akhir kali ini berjaya gak menaikkan ikan..
Haruan 1.8kg dengan menggunakan Shallow Shad Rap Fire Tiger..
1 rekod peribadi gue dalam arena pengasting haruan neh!!
Tapi malangnya gue tak bawak kamera pasal pepagi dah ujan, kalau bawak kamera kompom dia demam plak nanti..
Oleh kerana ubat deman kamera gue mahal, baik gue suh dia lepak kat umah layan Astro je..
Ha.. ha.. ha..
Well, kali ni lebih meriah!!
Bukan meriah apa, ikan yang dinaikkan tuh..
Tak cam CBS 3 hanya 4 ekor ikan yang berjaya dipancing, kali ni toman rasanya tak silap lebih 10 kot..
Haruan 2 ekor termasuk gue punya..
Talapia tak yah cakap la, sangat ramai..
Cuma 1 je yang tak best, sistem pemarkahan..
Kali ni pemenang berjaya dikongker oleh pengasting talapia yang beribu-ribu lemon itu..
Maka hampehlah dan sesia lah menaikkan toman 6.3kg tuh..
Bayangkan toman 6.3 kilo tak leh cari makan cuma menang ketogori toman terberat je..
Ah!! Pejadah aku nak komplen.. Apa pangkat aku kan dan siapalah aku dalam dunia memancing neh..
Tapi harap pihak organizer mengkaji balik sistem pemarkahan.. :)
Yang penting sekali,hati senang jumpa kawan2 seperjuangan sudah..
Yang lepas, simpankan di lubuk memori itu..
Maka gue perlu persiapkan diri ntuk CBS 5 yang akan datang!!!
Ho.. ho.. ho..
Orait la, tetiba rasa nak pekena teh tarik plak..
Sampai di sini saja coretan gue..
Cheers!! :)
edited kol 1 pagi..
Godek punya godek, jumpa gak gambar gue ngan haruan masa CBS 4 ari tuh..
Terima kasih abang tukang gambar..
Untuk gambar lain, korang leh gi Facebook CBS..
Jangan lupa like diorang yerp..
:D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment