Gua nak cerita trip ni punya perjalanan pun rasa macam malas jugak tetiba ni.. Maklumlah gambar semua kat kamera orang lain.. Nak buat karangan, mana punya zaman baca² karangan ye dak.. So overall trip ni yang boleh gua simpulkan adalah kitorang masuk terawal sedikit kerana hujan hanya menyimbah di luar Lembah Belum dan panas seperti di sahara di dalam Lembah Belum.. Tapi hasil tak semestinya teruk cuma yang gadang kitorang gagal naikkan kerana semuanya banyak main kat "highway".. Belum masa untuk mereka masuk ke suak² dan sungai².. Takpelah.. Tahun depan masih ada lagi untuk mencuba nasib..
4 bintang dari 5 gua bagi kat organizer.. Makanan tip top.. Balik cast, tros makan tanpa kerisauan.. Boatman dan suasana boathouse cukup power sehinggakan power rangers pun turut mengkaguminya.. Terima Kasih Organizer.. Ada rezeki, gua tumpang lagi.. Nga nga nga nga~
Salam Sebarau dari Royal Belum..