Wednesday, July 13, 2011

| Jigging Di Pekan | Edisi Derhaka |

"Bai, lu nak ikot tak?? Ada satu kosong gi jiggung kat Pekan"
"Ikan ape je ada kat sana arr?? Mama toman ada"

Pelepuk!!! Dirembatnya perut gue dengan tangan bajet sasa tu tapi gue sempat mengawal chi aura ultra jingga lantas lantunan rembatan itu tadi terkena makcik kat sebelah yang tengah khusuk hirup sup kambing.. Itu la.. Basuhlah tangan sebelum makan kata orang sedikit berumur..

"Nak ke tak nak?? Ebek cam biasa la tapi aku dengar tenggiri ada masuk"
"Tenggiri??"

Sejak peristiwa sembang kosong itu, terhasil la trip yang sukses!! Memang sukses seperti suksesnya Anuar Manan menghabiskan perlumbaan Le Tour De Langkawi pada tahun Gajah lepas.. Tanggal 9/7 telah dipilih.. Bermulalah kisah pengembaraan geng2 derhaka ni ke Pekan..


Amacam?? Ada cam Crow Zero tak??


Tempat perteduhan..


Pagi menjelma.. Antara yang dipertaruhkan..


"Apa ngko nak buat dengan kereta Tamiya tu dol??"
"Diamlah!!"


Boatman Abang Per.. The Legend!!


Ewah Pokcik memposing plak..


Cam kat Maldives katanya.. Puiii!!


"Apa kata kita bom je tempat ni"
"Molek gak tu boh"

Pindah port ke 2.. Lagi teruk dilambung alun.. Sorang menewaskan dirinya dengan sukarela (cantik muntah lu bro kat atas air tu, nilai seni yang tinggi tu).. Gue pon tak tahan, dalam kesempatan ikan tak nak makan ni la gue tido kejap.. Sejam gak la gue lelap..

Bangun dari tido, bro Per cakap kita pindah port ke 3 plak.. Turun jig, pon tak nak gak.. Dalam hati aku je kang yang turun kang.. Kalau dah rezeki tak ke mana.. Gue pacak apollo ngan hirisan sotong yang jatuh dari langit pagi tu.. Sretttttttt.. Bagai nak rak.. Rupanya..



Baby cermin je.. Hahahaha.. Ok la tuh janji layan.. Lepas je baby cermin ni makan, pesta ebek bermula..




"Nampak tak permainan gua macam mana der??"




Gue juga turut menampakkan permainan itu..


Secara jujur, jangan terpedaya dengan rod yang bending itu.. Saiznya?? Wahahahaha..


"Terima kasih Kopi Jantan sumbangan Arie Blue"


Double Hook Up Skateboarding.. Memang Heaven..

Gambar semuanya adalah sumbangan En Pokcik... Teng Kiuk!!

Begitulah sorotannya.. Jigging konon.. Jinggin udang hidup bolehlah.. Ceh!! Tapi kalau dah alun tinggi 1 meter bantai korang, Detaktif Conan pon leh mabuk laut kot.. Tapi Alhamdulillah.. Sejak gue mengamalkan kehidupan sihat dengan berkayuh, bahan-bahan muntah tadi berjaya dikawal dengan cemerlang di kerongkong serta esofagus..

Kepada geng-geng yang mabuk, apa da hal.. Kita repeat la jom.. Wahahahaha.. Ingat pas ni nak bawak surfboard la sambil pasang lagu Hawaiian 5-0.. Baru la dapat kurangkan statistik mabuk tanpa halatuju itu.. Papehal pon Terima Kasih Geng Santai Anglers!!

Tetiba perot lapar.. Ok la.. Gue nak gi makan kejap..

Tuesday, July 12, 2011

| BBSA | Band Of MTB Trail |

Ahad lepas gue telah dicabar dengan sepenuh jiwanya oleh Soul Cycling Asia untuk ride kat trail ni..
Letih tak hilang lagi lepas balik berjigging dari Pekan, boleh pulak main cabar..
Takpe, anak jantan yang tak gemarkan kopi jantan ini sedia menyahut..
Dirancangnya pukul 5 menepek kat ofis Cycling Asia dengan harapan si Soul ni nak amek basikal dia..
Ceh!! Sekali kunci lain pulak melekat kat pintu tu.. Dengan nada mencebik, Soul pasrah dengan hakikat bahawa kutipan KL Gangster memang mencecah RM 10 juta hengget..
Apa pon tak bleyyyy!!!

Tak buang masa.. Gue shoot tros ke trail ni dengan En. Jemek berbekalkan jitensha ayam memasing..
Terimalah sorotan yang mampu disorotkan..


Mesin ayam yang dipertaruhkan..


1st switchback, En. Jemek menewaskan dirinya dengan sukarela..


Setakat switchback camni selamba je gue..


Korang perasan tak 1 pokok renek ilang kat belah kanan gambo tu?? Wahahaha.. Jangan marah arr tuan punya trail.. Dem!!






Antara gambar permulaan trail yang sempat dirakam jurugambar jurusan seni di sebuah IPT terkemuka bujur sirih


Dan ini ubatnya terkena pedal paku.. Ingar pasni aku nak tukar pedal berapi plak la.. Ok tak??

Itu je la sorotan itu.. Repeat?? Gue tunggu itu budak Soul sampai sana ngan basikal baru gue nak repeat.. Ceh!!
Hahahahahaha..
Sebenarnya trail ni panjang lagi..
Lepas je trail yang terkelempam tu, trail yang ala2 freeride..
Gue bantai sebijik macam Garett Buehler main freeride tanpa memikirkan risiko bakal melekat kat pokok berhampiran..
Hahahahaha.. Darah masih muda katakan..
Tak percaya.. Terpulanglah kepada pemikiran waras anda..
Hahahahaha..

Ermm.. report gue gi jigging kat Pekan InyaAllah akan diapdet kalau takde ular melintang..
Huiiiiiiii~~

Tuesday, July 5, 2011

| Gael Clichy to Manchester City | Komfirm! |

Akhirnya Gael orang pertama yang melangkah keluar dari Gunners..
Setelah 8 tahun berkhidmat, nampaknya dia cuba untuk menukar angin baru iaitu dari angin transparent kepada angin ntah apa aku pun tak tahu..
Nampaknya, diharap Gibbs dapat menunjukkan taringnya dengan mengisi kekosongan yang ada..
Jangan asyik injured sudah.. Aku santau apa pon tak dapat kang ngko Gibbs!!
Ha.. ha.. ha..



Sempat lagi dia berkata kepada Arsenal.Com sebelum berambus.. Camni bunyinya..

“I have had eight fantastic years at Arsenal and made many friends. I have so many great memories from my time at Highbury and Emirates Stadium. I would like to say thank you to everyone at Arsenal for all of their support and friendship. I also want to send a big thank you to all the Arsenal supporters, who have always been so good to me.”

Sebenarnya aku pon tak paham apa yang dia cakap sebenarnya tu..
Ntah bahasa kepulauan mana ntah aku pun tak tahu..
Ha.. ha.. ha..
Semoga sukses disana nanti.. :D

Saturday, July 2, 2011

| 3,2,1 Cinta (2011) AVI | Mediafire |

Tengah aku boring², terjumpa plak benda ni..
Sedot je la alang² nak buat collection movie katanya..
Jadi, sharing is caring kan?? Nah.. Sedutlah selagi boleh..
Hahahahaha..



Genre: Comedy | Romance
Language: Malay
Subtitle: Malay Subtitle Hardsubbed

DOWNLOAD

PART 1
PART 2
PART 3
PART 4