Sunday, January 6, 2013

| Permulaan Lesen |

2012 adalah tahun bersejarah kerana tahun kumpau gua.. Yaa!! Kumpau dan terus kumpau.. Padan muka diucapkan pada gua sendiri..

Lupakan 2012.. 2013 gua dah train seorang lagi untuk menjadi memerang.. Kebetulan gua terdengar cerita Port Apek kembali mengganas setelah lama diperam.. Gua ajak memerang muda tadi ikut gua cast kat Port Apek..



Sampai je port tu tak buang masa gua campak killer lure haruan, Owner Zip Ziggy.. Bertalu-talu miss call gua terima tapi tak lekat.. Gua syak mungkinkah ada aktiviti makhluk asing di sini.. Sangkaan gua benar.. Pikok Bes saiz 2 jari je yang poyo² nak hentam lure gua.. Dengan nada panas hati gua campak rokok ke mulut gua dah dihidupkan api.. Cilakak!! Gua tak bawak micro lure..

Ok, ambil air keruh, buang yang jernih.. Pepatah lama ada mengatakan begitu.. Gua pakai pulak Ecogear minnow dan tak sampai 3 cast naiklah seekor..



Eh!! Ada rupanya.. Dan cerita seterusnya malas gua nak cerita.. Kalau dah tengah hari mana ada haruan nak makan lagi.. Gua pun pulang dengan 1 perasaan dendam dan pasti akan gua bomb tempat tu kembali..

Memerang muda? Malas la gua nak cerita pasal dia.. Dah hit ikan besar boleh pulak menjerit² macam orang kehilangan teruna.. Padan muka lucut.. Tahniah diucapkan padanya..

Wednesday, January 2, 2013

| Permulaan |

2012 dah pun berlalu dan angka 2 digantikan dengan sengajanya dengan angka 3.. Gua pasti setiap orang memikirkan azam tahun baru.. Tak lupa juga lesen tangkapan hasil ikan dari penipuan dengan menggunakan plastik.. Gua? Macam biasa serta tipikal.. Azam baru mesti kena ada.. Gua berazam pada tahun 2013 ini gua nak apa pun tak tahu.. Begitulah penamatnya azam seorang pemuda tulang belakang negara katanya..

Wednesday, November 21, 2012

| Laman Berita Baik Dan Buruk |


Hari Today, 21/11/2012.. Maka lagi 9 hari lagi untuk gua ke Kenyir sempena monsoon pada 1 hingga 4/12/2012

Berita Baik..



Segala set² gua kali ni lebih mantap dan jitu..


Dan berita buruknya..



Kenyir surut kaw².. Hujan tak turun lagi..

Adakah ini kerana rentetan sejaran pemecatan Roberto Di Mateo dari jawatan pengurus Chelsea sebentar tadi.. Ohhhhhhhhhhhh!!!!!

Friday, October 19, 2012

| Port Half Cut Masih Bernyawa!! |

Kalau siapa yang pernah dulu² follow blog gua pasti tahu port haruan Half Cut ni.. Yang sebenarnya gua dah putus harapan dengan post ni sejak kena kambus.. Tapi ntah cemmaner plak si Reza boleh ajak gua pekena kat port ni.. Gua turutkan tetamu dari jauh.. Tetamu membawa rezeki.. Musuh jangan dicari

Sampai² port ni gua agak terkejut gak rupanya diorang timbus separuh je.. Gua hirup udara segar di situ.. Fuhhh!! Masih ada bau haruan.. Pekena Pall Mall sebatang, gua dan Reza mula menjelajah port tu walaupun dah rabak separuh.. Berselipar jepun dan berseluar Yankee, gua terjah dengan semangat pertiwi..

Tak sampai 10 minit gua dan Reza cast.. Amboi.. Katak Magnum (lure rambutan keramat ni.. mohon percaya) zasssssssss dirembat.. Amboi.. Sukacita gua senyum sampai ke tengkuk..

Ibu muda yang peramah

Dia nak posing ngan set casting gua.. Gua layankan je..

Ibu muda ini dilepaskan kepada keluarga tercintanya..

Pastu sergahan demi sergahan berjaya dilakukan Cik Har terhadap lure kitorang tapi acah² sergah je.. Pukul 10.07a.m.. Matahari dah tegak.. Perut dah lapar.. Kitorang decide gi makan lontong.. Amalan terpuji lagi bertanggungjawab itu kitorang lakukan tepat pada jam 10.08a.m.. Tamatlah kisah keji ini.. Harap En Bagok terbakar dengan report keji ini.. Sekian..