Thursday, May 19, 2011

| Port Casting Yang Hancur |

Kali ni port meeting plak hancur dimamah dek pembangunan yang taksubnya bangun..
Memula gue tak percaya yang En. Jemek cakap port meeting dah kena tambak lagi suku..
Sekali gue gi usha, ternyata kenyataan itu benar lagi jitu..
Alang-alang dah sampai, cast je la..
Amek ngko!! 2 jam ½ cating hanya seekor curut je yang sudi..



Oh!! kerakusan pembangunan menyebabkan serebelum aku bergetar untuk mengkarate orang yang kat site tu je..
Demm!!

Sunday, May 15, 2011

| Percubaan "Off-Jalan" | Trek Kayuhan 1 Meru |

Akhirnya yang ditentunggukan berjaya direalisasikan..
Siap gak Jitensa ke 2 aku walaupun perancangan asal lain dan hasilnya tetiba lain, janji leh melompat-lompat macam berok..
Perjanjian Hudaibiah untuk menguji ketahanan jitensha dilakukan bersama En. Jemek..
Dan kebetulan seorang kawan yang terjumpakan dirinya di Kedai Tee tempoh lalu juga ingin menyertakan dirinya walaupun duduk jauh nun di Damansara sana.. En Nas..
Kental, jitu dan proton wajanya dia ke tempat gue nak join sekali menggasak jitensa memasing di permukaan jerawat batu seperti muka Jorg Dabeliu Bush-shuk..

7.30 pagi.. Bermulah aktiviti melonggarkan dan memutuskan otot serta urat saraf..
Tengok gambar je la.. Aku bukan pandai nak karang-karang ni sebab impian aku nak jadi Ultraman bukannya sasterwan tekemuka..


Bermulalah pengkayuhan kritis..


"Kenapa aku melupakan diri untuk tukau gear rendah arr"




Bersambung semula di situ..


Sementara tunggu member mendaki, main amek2 gambo jap..


En Jemek pon nak jugak.. Adoyyy~~


Sayup mata memandang, berat lagi bahu menolak..


Ngan Yin walaupun bontot memasing dah kematu..


"Kenapa tetiba aku berada di hutan sedangkan 2 minit tadi aku rasa aku kat The Curve" keluh si baju merah..


Ngan Yin lagi.. Takde kerja lain ke?? Chait!!


Kali ni biar aku kat depan plak.. Ahahahaha..

Begitulah sorotannya..
Gambo sarapan kat bukit Ramlee tak berjaya dirakan kerana rakus menikmati nasi lemak 1 dulang nasi ambeng memasing.. Ahahahaha..



Pabila pagi bersenam, otak pon cerdas..
Tetiba petang tu kereta kitorang tetibanya ada bike rack..
Aneh.. Haruslah biarkan diri anda diselubungi misteri..
Huuuuuuuu~~ :P

Tuesday, May 3, 2011

| Semakin Hampir |





Projek jitensha kedua semakin hampir ke fasa sepenuhnya..
Tunggu Avid juicy 3 sampai menggunakan burung merpati je ni dari Terengganu..
Apa aku nak namakan dia nanti yer??
Ha.. ha.. ha..

Friday, April 29, 2011

| Kampung Bukit Kapar Banjir!! |

Sedar-sedar dari tido pukol 9.. Time tu masih hujan lagi..
Perghhhh!! Sedap ni kalau dapat sambung balik..
Tup-tup sedar-sedar jam dah pukul 11.. Eh.. Tadi pukul 9.. Apsal tetiba pukul 11??
Mak gue plak kecoh-kecoh kat depan rumah kata air dah naik kat jalan-jalan kampung..
Uhhhh!! Sudah!! Baru niat nak casting haruan esok pagi..
Maka, plan casting minggu ni ditergendalakan secara logikal akal..
Tapi nasib baik la gue boleh gi kerja lagi sebab jalan utama masih dalam keadaan normal dan tidak di luar tabii..

Sampai opis, bukak pesbuk, tu dia.. Rumah member gue dah naik air..












Begitulah sorotan kurang rasmi dari pesbuk kawan gue, Aran..
Sempat lak posing, ingat ni Next Top Model ke cha?? Adicit!!
Dan berakhirlah sorotan sipi-sipi rasmi dari gue..
Masuk blog supaya cucu aku boleh baca lain tahun yang kampung dia dulu pernah dilanda banjir kritis.. Ho.. ho.. ho..