Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~
Fuh! Lama jugak gua tidur.. Hahaha.. Ok.. Mari pendekkan cerita setelah gua kembali ke arena memancing..Ceritanya Ahad 24/11/2013.. Gua dengan adik En. Bagok merayau-rayau dalam kebun kelapa berdekatan.. Ntah macam mana tetiba kitorang terjumpa 1 port baru.. Kitorang turun.. Semak dia boleh tahan.. Bekas tempat ini dirogol juga ketara dengan kehadiran plastik roti dan plastik katak.. Ahhhhh.. Lupakan semua tu.. Biar gambar sahaja berbicara..
Kalau korang tengok kat tengah paya tu ada 2 batang tiang.. Otometik kitorang terus bagi nama Port Tiang Gol.. Ahhaaa! Air tak berapa cun sebab malam sebelum tu hujan.. Merah air.. Kitorang buat calculation yang peratus untuk kumpau hampir mencecah 68%..
Hasil pertama.. Mamat ni memang pengamal katak ori.. Kebetulan ada 1 group anak.. Gua kacau tak kena.. Dia kacau 2-3 kali tros ngap.. Setel..
Bila katak dah habis, baru dia keluarkan katak getah.. Pun situasi sama.. Gua jenuh kacau 1 lagi group anak haruan.. Haram tak disambut.. 2-3 kali mamat ni baling terus disambarnya.. Ok.. Petanda gua hampir kumpau hari tu..
Sikit punya rakus dia telan..
Tak lama lepas tu dia lagi yang dapat.. Gua syak budak ni ada bela saka haruan.. Peratusan gua kumpau sudah mencecah 84.6%..
1 lagi petanda² kumpau.. Apa sudah happen ini?
Langit tak selalunya biru.. Macam biasa hero mesti last minit.. Masa kecederaan time baru nak balik.. Kitorang singgah port memula tadi.. Regu gua jumpa 1 lagi group anak haruan.. Dia kata dia kacau takde respon.. Gua sisipkan katak getah Starlit dalam jighead Cultiva.. Gua lalukan 4-5 kali kat group anak tu.. Secara tetiba.. Ahhaaaaaa!! Peratus kumpau terus menjadi 0.02%..
Rod : Daiwa Crossbeat 8-16
Reel : Abu Garcia Elite IB CB GP
Line : Ofmer Majr Braid 15lb
Lure : Starlit Soft Plastic + Cultiva jighead
Line : Ofmer Majr Braid 15lb
Lure : Starlit Soft Plastic + Cultiva jighead
Pun rakus boleh tahan..
Begitulah rentetan pagi ahad tu yang penuh warna warni sinetron.. Kesemua berjaya diCNRkan.. Port ini akan diperam untuk beberapa ketika dah kitorang akan kembali bila musim hujan reda untuk bereksperimen ketika airnya hitam kembali.. Yoshhhhh!