Thursday, February 14, 2013

| Perlahan |


Alhamdulillah.. Tetapi masih awal kerana mengikut perkiraan baru dalam sebulan ½..
Nampaknya gua kena berpantang untuk beberapa bulan.. Maaf dipinta jika blog gua agak slow untuk beberapa bulan daripada cerita memancing dan memburu..
Kepada Aril, semoga dapat menaikkan toman di Port Darah..
Selamat maju jaya diucapkan..

Wednesday, February 6, 2013

| Satu Persoalan |

Tahukah anda..

Yang Si Hijau berkata kepada Si Merah BODOH, BEBAL, BANGANG, BABI..

Yang Si Merah pula berkata kepada Si Hijau BEBAL, BODOH, BABI, BANGANG..

Tetapi persamaan antara mereka adalah memasing sujud ke arah satu kiblat dan hanya menyembah pada Yang Satu..

Persoalannya, apa yang best sangat mencarut sesama spesis? Hairan~


"Gua pun tak faham" -Chukky (Beruang Zoo of  New York)

Monday, February 4, 2013

| Fast & Furious 6 | Trailer |

Ok.. Trailer dah keluar.. Gua teransang sekarang.. Deng!!!

Sunday, February 3, 2013

| Epilog 2 Hari |

Sabtu

Hari untuk senaman ringan.. Gua text Aril berkomplot di pagi morning yang indah sambil membonceng basikal.. Dia kata 'ON'.. Maka..

Caster On-Tell..


Senaman ringan.. Main parit dah la katanya.. Port Batu 8 dipilih.. Port paling teruk gua kumpau.. Ini fakta sohih..


Tetapi tidak pada Aril.. Tak sia² dia bertapa kat port ni selalu.. Gua isytihar kumpau untuk kali yang tak terkira di port ni.. Keji!!


Ahad

Untuk hari Ahad, kitorang gerak ke port Apek.. Hairan dan janggal.. Ikan kat port ni macam tak ambik port dengan gewang kitorang.. Dah balik baru wife gua cakap malam minggu tu hujan.. Patut la.. gua tidur awal.. Tidur mati pulak.. Tak sedar lansung apa yang berlaku.. Kalau la gua tahu malam tu hujan, sah gua tukar gi port lain.. Ada baik pekena PB comel kat Prima.. Tapi seb baik hari tu gua terjumpa port baru.. Port Merah.. Air merah macam teh ais.. Tinggal beli ais je pstu hirup, pasti lega..

Port baru jumpa, tapi sebenarnya dah lama jadi paya ni.. 2 ekor pendekar topi jerami sedang sibuk nak membolot haruan berbekalkan katak seplastik di sisi pinggangnya.. Celaka!


Mujurlah katak Magnum juga berada di sisi pinggang gua.. Dapat gua cungkil sekor.. Pastu gua bungkus duduk bawah pokok.. Gila panas.. 


Tidak lupa pandangan pelan di sisi pinggang set gua..


Aril yang mula menampakkan wajah kumpau berbuih masih lagi tekun.. Bajet kebal panas dia ni.. Lantak dia.. Janji gua tidak mengalami hidrasi kritikal.. Total masa melayan port ni hanyalah lebih kurang 20 minit.. Gua tarbiyah Aril supaya berambus sebelum ada orang pengsan berbuih sebab hidrasi kritis.. Aril akur..


Tengah hari tu aril ajak gua pergi kedai pancing.. Gua sarankan Digital Akuarium kat Puchong.. Ah bencana! Sampai je kedai tu, kejadian berbuih kembali menyerang Aril.. Gua nak telefon ambulans, kredit tinggal RM0.19.. Terpaksa gua bacakan ayat² tertentu untuk menenangkan dia.. Alhamdulillah, dia tenang dan mendapat 1 hadiah..




Inilah hadiahnya.. Rabak poket tapi hati puas katanya.. Kah kah kah.. Semoga berjaya diucapkan untuk melesenkan MGX dia.. Berapa lama la agaknya nak dapat lesen ntuk reel ni agaknya.. Tunggu je la..